Skip to main content

Singapura

Liga Perdana England dapatkan arahan mahkamah SG paksa ISP sekat 25 laman penstriman haram

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Liga Perdana England (EPL) mendapatkan arahan daripada Mahkamah Tinggi Singapura bagi memaksa penyedia khidmat internet (ISP) untuk menyekat akses kepada 25 laman, yang menawarkan penstriman perlawanan bola sepak secara haram.

25 laman tersebut adalah yang paling popular antara laman penstriman haram yang ada, nyata Liga Perdana itu dalam satu kenyataan kepada Mediacorp pada Khamis (21 Mac).

Liga tersebut telah membawa beberapa syarikat telko Singapura termasuk M1, MyRepublic, Singtel dan ViewQwest ke mahkamah pada Februari berhubung kes hak cipta dan reka bentuk.

Dalam kenyataannya, liga tersebut menyatakan bahawa ia telah berjaya mendapatkan arahan mahkamah itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk membanteras penstriman haram di Asia.

"Kaedah teknikal di mana ISP diperlukan untuk melaksanakan sekatan telah diperhalusi, menjadikannya ia lebih sukar bagi pengendali laman yang dicetak rompak untuk membendungnya," jelas liga itu.

Dengan arahan terbaharu itu, lebih daripada 460 domain internet kini disekat di Singapura oleh Liga Perdana England.

Liga tersebut mempunyai program anti cetak rompak global, yang menjalinkan kerjasama sejak tahun lalu dengan pihak berkuasa di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Vietnam untuk membanteras pembekal kandungan Liga Perdana yang haram.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita