Skip to main content

Singapura

library@orchard jalani kerja naik taraf sehingga 2026; pameran Negara Bijak dianjurkan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Oct 2024 07:44PM Dikemas Kini : 27 Oct 2024 09:30PM
SINGAPURA: Library@orchard akan menempatkan sebuah pameran baharu yang menyusuri perjalanan digital Singapura.

Ia bermula tahun depan dan diadakan sementara perpustakaan itu menjalani kerja-kerja naik taraf sehingga 2026.

Pameran itu akan menampilkan pelbagai inisiatif Negara Bijak menerusi pameran-pameran berbilang deria.

Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo berkata, inisiatif tersebut boleh membantu rakyat Singapura lebih memahami bagaimana teknologi digital dapat meningkatkan kehidupan mereka.

Mengulas lanjut mengenai insiatif tersebut, Cik Teo berkata: "Ideanya adalah kami ingin mereka tahu bagaimana teknologi-teknologi digital boleh membantu mereka berhubung dengan masa lampau, berhubung dengan masa kini dan berhubung dengan satu sama lain. Dengan cara ini, terdapat keterkaitan teknologi digital dengan kehidupan mereka."

Cik Teo berkata demikian di acara penutup perpustakaan itu sebelum ia melabuhkan tirai kepada umum selama dua tahun bagi kerja-kerja peningkatan.

Apabila dibuka semula pada 2026 nanti, para pengunjung boleh menjangkakan ruang-ruang imersif dan interaktif yang dijana teknologi bagi tujuan pembelajaran dan penerokaan.

Perpustakaan itu, yang terletak di pusat beli-belah Orchard Gateway, popular di kalangan pengunjung kerana reka bentuk dalamannya yang menyerlah.

"Pengubahsuaian ini adalah untuk meningkatkan pengalaman menyeluruh para pengguna perpustakaan ini dari lapisan usia yang berbeza," jelas Pengurus NLB, Cik Subhana Mohamed Sharif.

"Ciri baharu yang akan kami perkenalkan adalah ruang kanak-kanak. NLB juga mengambil kira maklum balas para pengguna untuk perancangan pengubahsuaian ini agar dapat memberi pembelajaran dan juga minat mereka untuk tahun yang mendatang," tambahnya.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita