library@esplanade bakal ditutup pada 30 Jun; bahan koleksi, program pindah ke Bangunan Perpustakaan Negara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Perpustakaan library@esplanade akan ditutup pada 30 Jun, dengan premis tersebut ditukar menjadi ruang seni dan komersil.
Koleksi bahan dan program-program di perpustakaan itu akan dipindahkan ke Bangunan Perpustakaan Negara di Victoria Street, menurut Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) pada Selasa (2 Mei).
Program seperti tayangan filem, persembahan muzik, bengkel muzik jaz dan pameran karya original akan disediakan di lokasi baru itu seawal Ogos. Kemudahan lain seperti studio muzik, filem, skor muzik dan buku-buku, akan disediakan di Bangunan Perpustakaan Negara seawal mulai separuh kedua 2024.
Dibuka secara rasmi pada 2002, library@esplanade merupakan perpustakaan awam pertama Singapura yang memberi tumpuan kepada seni persembahan.
"Langkah itu akan membolehkan NLB untuk memusatkan koleksi seni persembahan, perkhidmatan dan program, serta sumber seni sedia ada di Perpustakaan Negara," menurut NLB dalam satu kenyataan.
"Khidmat berpusat itu akan terletak dekat dengan institusi akademik dan seni, serta masyarakat dan pengamal seni di kawasan tersebut."
Institusi-institusi itu termasuk Sekolah Seni Singapura, Maktab Seni LASALLE dan Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA), serta masyarakat dan pengamal seni di sekitar kawasan seni Waterloo Street, Pusat Seni Stamford dan Pusat Seni Aliwal.
"Esplanade akan meneruskan peranannya untuk membangunkan sektor budaya dengan mewujudkan ruang-ruang studio yang sangat diperlukan bagi persembahan berskala kecil, bengkel dan ceramah awam, kelas kelas kemahiran muzik dan latihan," kata CEO Esplanade Yvonne Tham.
Sebahagian ruang di library@esplanade akan ditukar menjadi ruang pejabat bagi Kumpulan Simfoni Singapura, yang menguruskan Orkestra Simfoni Singapura dan kumpulan persembahan yang berkaitan.
Menjelang penempatan semula itu, NLB akan menganjurkan beberapa acara di library@esplanade pada Jun, termasuk persembahan dan tayangan filem.
Sebuah acara " Intermission Party" yang dibuka kepada orang ramai, juga akan diadakan pada 30 Jun. Maklumat lanjut akan disediakan di akaun Facebook LearnXArts dalam beberapa minggu akan datang.
KEMUDAHAN, BAHAN-BAHAN UNTUK KEGUNAAN ORANG AWAM
Menjelang separuh kedua 2024, para pelajar, penyelidik, pengamal seni dan institusi akademik di kawasan Bras Basah-Bugis boleh menikmati program-program seni serta koleksi bahan-bahan yang boleh dipinjam dan dijadikan bahan rujukan.
Ia termasuk koleksi buku, skor muzik, skrip drama pementasan dan cakera padat, serta rakaman filem, opera, persembahan tarian dan penerbitan teater.
Sebuah bilik latihan piano dan studio 'senyap' di mana ahli muzik boleh mengadakan sesi 'jamming', serta zon yang menempatkan piano akan terus disediakan bagi kegunaan pelbagai program seni persembahan.
Penggemar filem juga boleh menyewa bilik tayangan untuk menonton filem kegemaran mereka.
Pengunjung ke Perpustakaan Negara juga boleh menjangkakan lebih banyak tawaran di ruang Plaza pada 2024, menurut NLB.
Lebih banyak ruang untuk persembahan seni dan budaya, serta pilihan makanan dan minuman akan disediakan kepada orang ramai untuk berinteraksi dan bekerjasama.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.