Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Liang Eng Hwa sokong usaha kurangkan kuota Pas S dalam sektor perkhidmatan

Anggota Parlimen Lian Eng Hwa bercakap pada hari pertama perbahasan Belanjawan di Parlimen pada Selasa (26 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
Liang Eng Hwa sokong usaha kurangkan kuota Pas S dalam sektor perkhidmatan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Feb 2019 06:43PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 11:01PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen Lian Eng Hwa bercakap pada hari pertama perbahasan Belanjawan di Parlimen pada Selasa (26 Feb).

Antara lain, beliau memberi tumpuan kepada isu mengurangkan kuota Pas S dalam sektor perkhidmatan.

Beliau menyokong langkah tersebut dan berkata ia tidak dapat bertahan dari segi ekonomi mahupun sosial.

Encik Liang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Kewangan, Perdagangan dan Perusahaan berkata, permintaan bagi pekerja dengan kemahiran peringkat pertengahan semakin bertambah di luar negara.

Oleh itu, syarikat-syarikat tidak lama lagi akan menghadapi saingan untuk mendapatkan pekerja sedemikian di Singapura.

Beliau berharap, langkah mengurangkan jumlah Pas S dalam sektor perkhidmatan itu akan memberi isyarat kepada syarikat-syarikat bahawa mereka perlu memperbaharui proses kerja, mereka semula pekerjaan dan melengkapi para pekerja tempatan dengan kemahiran baru.

Terdapat hampir 200,000 pemegang Pas S dalam tenaga kerja sekarang.

Maka itu, tambah beliau, sistem Pas S harus disusun semula supaya syarikat-syarikat hanya akan diberikan lebih banyak Pas S, jika mereka mengambil lebih ramai pekerja tempatan pada tahap gaji pertengahan hingga tinggi dan menyumbang kepada nilai lebih tinggi dalam ekonomi.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan