Skip to main content

Singapura

Liang Eng Hwa gesa LTA cari huraian lebih baik ekoran perubahan khidmat bas Bukit Panjang

Anggota Parlimen dipilih (AP dipilih) Bukit Panjang Liang Eng Hwa menggesa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk bekerjasama mencari huraian lebih baik setelah "perubahan besar" dibuat terhadap beberapa perkhidmatan bas bagi laluan antara Bukit Panjang ke bandar.

Anggaran Waktu Membaca:
Liang Eng Hwa gesa LTA cari huraian lebih baik ekoran perubahan khidmat bas Bukit Panjang

Gambar fail bas SMRT.

Diterbitkan : 04 Aug 2020 09:05AM Dikemas Kini : 04 Aug 2020 09:07AM

SINGAPURA: Anggota Parlimen dipilih (AP dipilih) Bukit Panjang Liang Eng Hwa menggesa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk bekerjasama mencari huraian lebih baik setelah "perubahan besar" dibuat terhadap beberapa perkhidmatan bas bagi laluan antara Bukit Panjang ke bandar.

"Saya berasa sedih kerana mereka tidak menitikberatkan bagaimana perubahan ini akan menjejas kehidupan penduduk kami," menurut Encik Liang dalam satu catatan Facebook pada Isnin (3 Ogos).

Encik Liang membuat komen itu ekoran keprihatinan yang diutarakan oleh para penduduk tentang perkhidmatan 700 dan 700A yang ditarik balik dan perubahan kepada perkhidmatan 171 dan 972.

Awal daripada itu, SMRT pada Isnin menyatakan khidmat 700 dan 700A akan berhenti beroperasi pada 16 Ogos, manakala khidmat 171 akan diubah untuk beroperasi dari stesen pertukaran bas Yishun dan mengelilingi stesen Bukit Panjang, dan tidak meneruskan khidmat perjalanan ke terminal bas Marina Centre.

Khidmat 972 akan diubah untuk beroperasi di Bukit Timah/Dunearn Road, MRT Newton dan Scotts Road.

Encik Liang mengambil perhatian bahawa jumlah penumpang bagi khidmat 700 sudah "memang banyak berkurangan", dengan ramai penduduk memilih untuk menggunakan MRT Laluan Downtown.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa beliau sedang berbincang dengan LTA untuk mencari huraian lain yang akan mengimbangi keprihatinan tentang kemudahan bagi para penduduk dan laluan terbaik bagi penyedia khidmat bas.

SMRT menyatakan dalam pengumumannya bahawa dengan khidmat 700 dan 700A ditarik balik, para penumpang sebaliknya boleh menggunakan khidmat 973 ke MRT Laluan Downtown apabila melakukan perjalanan ke kawasan bandar.

Menyusuli perubahan kepada khidmat 171, para penumpang di Upper Bukit Timah Road dan Bukit Timah Road atau Dunearn Road boleh menggunakan Laluan Downtown Line atau khidmat bas alternatif di laluan tersebut, tambah SMRT.

Bagi perubahan kepada khidmat 972, para penumpang yang melakukan perjalanan dari Bukit Panjang ke Stevens Road boleh menggunakan khidmat 972 ke Whitley Road (selepas Tanglin CC) dan menyambung perjalanan dengan khidmat 105,132 atau 190, menurut SMRT.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita