Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Li Shengwu patut tampil disoal balas jika tiada apa-apa untuk disembunyikan - AGC

Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Khamis (23 Jan) menyatakan keputusan Encik Li Shengwu untuk tidak mengambil bahagian dalam perbicaraan terhadap dirinya kerana menghina mahkamah menunjukkan bahawa beliau tahu pembelaannya tidak mempunyai merit.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jan 2020 07:40PM Dikemas Kini : 24 Jan 2020 08:23AM

SINGAPURA: Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Khamis (23 Jan) menyatakan keputusan Encik Li Shengwu untuk tidak mengambil bahagian dalam perbicaraan terhadap dirinya kerana menghina mahkamah menunjukkan bahawa beliau tahu pembelaannya tidak mempunyai merit.

Menulis di laman Facebook miliknya, cucu mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew itu pada Rabu (22 Jan) berkata beliau tidak lagi akan membela diri di mahkamah.

Tindakan undang-undang diambil terhadapnya pada Ogos 2017 selepas Encik Li Shengwu berkata Singapura mempunyai "sistem kehakiman yang mudah dipengaruhi".

Beliau enggan meminta maaf atau menarik balik kenyataannya itu.

AGC menyatakan keputusan terbaru Encik Li itu dibuat dekat dengan tempoh masa untuk beliau disoal balas dalam perbicaraan kes itu yang bakal mendedahkan perkara yang sebenar.

Pejabat Peguam Negara menambah bahawa Encik Li enggan menjawab soalan-soalan seperti bilangan rakan Facebook beliau ketika beliau menulis catatan tersebut.

Pengunduran Encik Li lantas dibuat untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan-pertanyaan di bawah sumpah secara terbuka.

AGC menambah jika beliau tidak ada apa-apa untuk diselindungkan, Encik Li seharusnya siap untuk disoal balas. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan