Skip to main content

Singapura

Li Shengwu nyatakan tidak akan 'terus ambil bahagian' dalam kes hina mahkamah

Anak saudara Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Encik Li Shengwu berkata pada Rabu (22 Jan) bahawa beliau "tidak akan terus mengambil bahagian" dalam kes mengina mahkamah.

Anggaran Waktu Membaca:
Li Shengwu nyatakan tidak akan 'terus ambil bahagian' dalam kes hina mahkamah

Encik Li Shengwu. (Gambar: Tim McLaughlin/Reuters)

Diterbitkan : 22 Jan 2020 11:08PM Dikemas Kini : 22 Jan 2020 11:11PM

SINGAPURA: Anak saudara Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Encik Li Shengwu berkata pada Rabu (22 Jan) bahawa beliau "tidak akan terus mengambil bahagian" dalam kes mengina mahkamah.

Encik Li Shengwu, 35 tahun disaman oleh Pejabat Peguam Negara (AGC) kerana didakwa menyatakan dalam satu catatan Facebook pada 2017 bahawa Singapura memiliki "sistem mahkamah mudah terpengaruh" dan pemerintah Singapura "amat gemar mengambil tindakan undang-undang".

Dalam satu lagi catatan Facebook pada Rabu, Encik Li berkata bahawa pendakwaan terhadapnya "sudah berterusan bertahun-tahun".

"Ketika itu. AGC menghantar ribuan muka surat dokumen perundangan, lebih satu perenggan di media sosial," menurut Encik Li.

AGC baru-baru ini memohon untuk "membatalkan" beberapa bahagian daripada afidavit pembelaannya, menurut Encik Li, dengan hasilnya ia tidak akan dipertimbangkan di mahkamah.

"Lagipun, mereka meminta agar bahagian tersebut disimpan dalam rekod mahkamah, supaya orang awam tidak boleh tahu bahagian yang dikeluarkan," menurutnya.

Encik Li menambah bahawa itu "bukanlah insiden terpencil, tetapi sebahagian daripada kelakukan tidak lazim lebih besar oleh pihak AGC".

Menurut Encik Li, beliau akan terus aktif di Facebook dan terus mengehadkan catatan Facebooknya untuk rakannya sahaja.

Beliau juga menambah bahawa dia sudah mengeluarkan sepupunya yang juga anak lelaki Perdana Menteri Lee, Encik Li Hongyi, daripada senarai rakannya di Facebook.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita