Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Levi pekerja asing diketepikan semasa tempoh notis duduk rumah hingga September

Levi pekerja asing akan diketepikan untuk semua pemegang Pas S dan permit kerja, termasuk pembantu rumah, semasa mereka menjalani notis jangan keluar rumah dari Januari hingga September, umum Kementerian Tenaga Kerja (MOM) pada Khamis (1 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Apr 2021 12:22PM Dikemas Kini : 01 Apr 2021 09:39PM

SINGAPURA: Levi pekerja asing akan diketepikan untuk semua pemegang Pas S dan permit kerja, termasuk pembantu rumah, semasa mereka menjalani notis jangan keluar rumah dari Januari hingga September, umum Kementerian Tenaga Kerja (MOM) pada Khamis (1 Apr).

"Ini adalah bagi membantu para majikan menangani kenaikan kos berkaitan langkah-langkah terkini Pemerintah untuk mengurangkan risiko mengimport COVID-19 ke dalam masyarakat," kata MOM dalam satu kenyataan media.

Sejak Januari, Pemerintah telah melaksanakan langkah-langkah sempadan tambahan termasuk menghadkan kelulusan bagi kemasukan para pemegang pas kerja dan mewajibkan pemegang Pas S dan permit kerja yang baru tiba untuk menjalani ujian COVID-19 semasa ketibaan dan menjalani notis jangan keluar rumah, kata MOM.

"Sementara majikan telah bekerjasama dalam langkah-langkah ini demi kepentingan kesihatan awam, ada yang memberi maklum balas bahawa langkah-langkah tambahan ini juga menyebabkan peningkatan kos," jelas kementerian itu.

Bagi majikan yang telah membayar levi untuk pekerja mereka semasa tempoh notis jangan keluar rumah mereka pada Januari dan Februari, pengecualian akan digunakan untuk mengimbangi levi pekerja asing untuk Jun, yang akan dibayar pada Julai.

Majikan dengan para pekerja yang menjalani notis jangan keluar rumah dari Mac hingga September tidak akan diminta membayar levi sepanjang tempoh notis mereka.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan