Letusan Anak Krakatau: Terkandas dua hari di Jakarta, pasangan bulan madu berharap dapat pulang malam ini
Anggaran Waktu Membaca:
Anak Krakatau eruption: Honeymoon couple stranded in Jakarta for two days hope to return tonight
- Muhammad Faizal Rasul and his wife Nur Syuhada were stranded in Jakarta after their flight back to Singapore on Sep 6 was cancelled بسبب the eruption of Mount Anak Krakatau.
- They waited at a hotel outside Soekarno-Hatta Airport because the airline offered a replacement flight but did not provide accommodation for affected passengers.
- The couple were scheduled to return to the airport on Sep 8 before boarding the replacement flight at 7.30pm Indonesia time.
- Although flight operations were reported to have resumed, Faizal said they were still worried because further cancellations could affect their work and force them to look for alternative ways to return home.
- Muhammad Faizal Rasul dan isterinya Nur Syuhada terkandas di Jakarta selepas penerbangan pulang ke Singapura pada 6 September dibatalkan akibat letusan Gunung Anak Krakataou.
- Mereka menunggu di hotel luar Lapangan Terbang Soekarno-Hatta kerana syarikat penerbangan menawarkan penerbangan gantian tetapi tidak menyediakan penginapan kepada penumpang terjejas.
- Pasangan itu dijadualkan kembali ke lapangan terbang pada 8 September sebelum menaiki penerbangan gantian jam 7.30 malam waktu Indonesia.
- Walaupun operasi penerbangan dilaporkan dibuka semula, Faizal berkata mereka masih risau kerana pembatalan lanjut boleh menjejaskan kerja dan memaksa mereka mencari alternatif pulang.
JAKARTA: Sepasang suami isteri dari Singapura yang terkandas di Jakarta selepas penerbangan mereka dibatalkan kini berharap dapat meneruskan perjalanan pulang malam ini.
Muhammad Faizal Rasul, 38, berkata beliau dan isterinya Nur Syuhada kini berada di sebuah hotel di luar kawasan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta sementara menunggu penerbangan gantian selepas penerbangan asal mereka dibatalkan ekoran letusan Gunung Anak Krakataou.
Berdasarkan jadual asal, mereka sepatutnya pulang ke Singapura pada Ahad lalu (6 Sep) dengan menaiki penerbangan pada jam 5.00 petang.
Mereka dijadualkan kembali ke lapangan terbang sekitar jam 4 petang sebelum menaiki penerbangan gantian pada jam 7.30 malam waktu Indonesia, 8 September.
Menurut Encik Faizal, pihak syarikat penerbangan telah menawarkan penerbangan gantian, namun tidak menyediakan penginapan kepada penumpang yang terjejas.
"Cabaran utama sekarang adalah untuk mendapatkan tempat penginapan sementara. Hotel-hotel yang berada berhampiran kawasan lapangan terbang biasanya lebih mahal, terutama apabila permintaan meningkat," katanya.
Encik Faizal berkata keadaan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada Ahad lalu agak sesak dan kelam-kabut.
Bagaimanapun, berdasarkan kemas kini terbaru yang diterimanya pagi tadi (8 Sep) melalui laman rasmi lapangan terbang, operasi penerbangan kini telah dibuka semula.
Beliau berkata ketidakpastian mengenai penerbangan pulang turut menimbulkan kebimbangan, terutama sekiranya penerbangan gantian mereka sekali lagi dibatalkan.
"Kami agak buntu sekiranya penerbangan ini sekali lagi dibatalkan kerana kami mungkin perlu mencari alternatif lain untuk pulang ke Singapura," katanya.
Situasi itu juga boleh menjejaskan urusan pekerjaan mereka, dengan Encik Faizal berkata mereka mungkin perlu mengambil tambahan satu atau dua hari cuti sekiranya perjalanan pulang terus tertangguh.
Pasangan itu berada di Indonesia bagi meraikan ulang tahun kelahiran Nur Syuhada dan sedang berbulan madu di Bandung sebelum terkandas di Jakarta.
Encik Faizal berkata mereka kini berada dalam keadaan sihat, namun sedikit risau dan tertekan kerana masih belum mendapat kepastian sepenuhnya mengenai perjalanan pulang.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.