Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Letupan Sri Lanka: Serangan bertujuan cetuskan kebencian, kata Presiden Halimah

Presiden Halimah Yacob menyampaikan ucapan takziah mendalam kepada keluarga para mangsa siri serangan bom di Sri Lanka yang berlaku pada Ahad (21 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan Sri Lanka: Serangan bertujuan cetuskan kebencian, kata Presiden Halimah

Kakitangan keselamatan dan para penyiasat Sri Lanka meneliti serpihan letupan di luar Gereja Zion berikutan satu letupan di Batticaloa, timur Sri Lanka, pada 21 April, 2019. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Apr 2019 07:38PM Dikemas Kini : 21 Apr 2019 07:55PM

BERITAmediacorp: Presiden Halimah Yacob menyampaikan ucapan takziah mendalam kepada keluarga para mangsa siri serangan bom di Sri Lanka yang berlaku pada Ahad (21 Apr).

Menulis dalam Facebook, Presiden Halimah berkata upacara keagamaan yang aman dengan keluarga dan sahabat handai berubah kepada kejadian pembunuhan beramai-ramai.


Puan Halimah menambah perbuatan ganas oleh golongan pelampau itu amat mengejutkan dan bertujuan mencetuskan konflik serta kebencian dalam kalangan masyarakat.

Singapura, kata Puan Halimah, harus terus berwaspada dan bersatu menentang tindakan pengganasan.

Dalam pada itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkilfi pula mengatakan siri letupan tersebut adalah satu peringatan bahawa keganasan kekal satu ancaman yang serius di merata dunia.


Dalam catatan di akaun Facebook-nya, Encik Masagos menegaskan rakyat Singapura tidak seharusnya membenarkan serangan serupa menyebabkan keadaan berpecah-belah dalam kalangan masyarakat.

Meskipun belum jelas siapakah dalang di sebalik perbuatan tersebut, Encik Masagos berkata masyarakat Singapura harus terus bersatu-padu dan sentiasa berwaspada.

Singapura, tambah beliau, bersatu dengan Sri Lanka mengutuk keras tindakan pengganasan yang kejam itu.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada para penganut Kristian yang akan paling terjejas dengan kejadian itu.

Dalam kenyataannya pula, MUIS menyatakan masyarakat Islam Singapura mengutuk keras serangan-serangan di Sri Lanka yang mengorbankan orang-orang tidak bersalah pada hari Easter.

MUIS menambah tindakan ganas yang terkutuk seperti itu tidak ada tempat dalam masyarakat dan rakyat Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/MM/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan