Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Letupan maut di Tuas: Pekerja dakwa kurang diberi panduan, peraturan keselamatan

Pekerja yang terlibat dalam kes letupan di bangunan perusahaan di Tuas awal tahun ini, kurang diberi panduan tentang pakaian keselamatan serta peraturan di tempat kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan maut di Tuas: Pekerja dakwa kurang diberi panduan, peraturan keselamatan

(Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 21 Sep 2021 09:31PM Dikemas Kini : 21 Sep 2021 09:32PM

SINGAPURA: Pekerja yang terlibat dalam kes letupan di bangunan perusahaan di Tuas awal tahun ini, kurang diberi panduan tentang pakaian keselamatan serta peraturan di tempat kerja.

Ini didedahkan di mahkamah hari ini (21 Sep), oleh pekerja syarikat Stars Engrg yang terselamat dalam insiden letupan Februari lalu.

Pada hari kedua perbicaraan kes letupan di Tuas itu, seorang pekerja bernama Mehedi, 22 tahun, tampil sebagai saksi. Dia mengalami 60 peratus kelecuran di badan.

Menurut Mehedi, walaupun syarikat sering memberi taklimat keselamatan bagi tapak-tapak projek pelanggan, mereka tidak dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan di bengkel Tuas itu.

Mereka diberi kelengkapan keselamatan seperti topi keledar, sarung tangan dan kaca mata pelindung.

Namun, pemilik syarikat itu hanya menekankan pemakaian kasut pelindung dan alat pernafasan ketika membuat pembalut penebat sahaja tetapi tidak semua pekerja yang mematuhinya.

Mehedi menjelaskan adalah satu kebiasaan bagi para pekerja hanya memakai selipar. Malah mereka juga hanya memakai pakaian yang dianggap selesa sahaja.

Mahkamah turut dimaklumkan, tiada garis panduan terperinci tentang cara membersihkan tapak tersebut.

Hanya ia perlu dilakukan setiap hari, walaupun serbuk kanji daripada kentang digunakan sebagai bahan pembalut penebat.

Siasatan awal menunjukkan serbuk tersebut sebagai punca letupan, yang mencederakan tujuh pekerja, sedang tiga lagi terkorban.

Prosiding Jawatankuasa Siasatan ini akan disambung esok.  

Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan