Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Letupan di Tuas: Jawatankuasa siasatan syorkan prosiding jenayah; firma 'cuai'

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2022 06:55PM Dikemas Kini : 25 Mar 2022 10:44PM

SINGAPURA: Kemalangan perindustrian di Tuas yang mengorbankan tiga pekerja adalah disebabkan kegagalan syarikat untuk memastikan penggunaan mesin pengadun secara selamat, menurut jawatankuasa siasatan dalam laporannya yang dikeluarkan hari ini (25 Mac).

Jawatankuasa siasatan mengesyorkan prosiding jenayah terhadap syarikat itu - Stars Engrg, pengarahnya Chua Xing Da dan pengurus pengeluaran Lwin Moe Tun, kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad semasa sidang media maya hari ini.

Pengerusi jawatankuasa itu, Hakim Kanan Daerah Ong Hian Sun, erpendapat bahawa kesalahan-kesalahan jenayah itu terbongkar melalui tindakan oleh Stars Engrg, Encik Chua dan Encik Lwin, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataan akhbar.

Laporan siasatan sudah diserahkan kepada pendakwa raya.

"Pihak pendakwa raya sedang menyemak laporan itu dan akan memerlukan sedikit masa untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya yang perlu diambil," kata Encik Zaqy.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan