Lesen tembakau pasar raya mini Parklane Shopping Mall ditarik balik kerana jual vape
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: HSA
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Lesen runcit tembakau sebuah pasar raya mini di Parklane Shopping Mall ditarik balik kerana menjual produk-produk vape dalam kes yang pertama seumpamanya di Singapura.
Demikian menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Selasa (27 Ogos).
Peruncit terbabit, Real Mate Mini-Mart, diserbu pada 15 Ogos lalu atas kesalahan pemilikan secara haram dan penjualan alat pengewap elektronik atau e-vaporiser.
Seorang juruwang wanita berusia 24 tahun ditangkap menjual alat pengewap elektronik, manakala seorang lagi juruwang yang berusia 17 tahun dijumpai memiliki alat pengewap elektronik.
Pegawai HSA menemui produk-produk vape serta beberapa rokok yang tidak dibayar cukai dalam serbuan tersebut di Selegie Road.
Rokok haram itu dirujuk kepada Kastam Singapura.
Pihak berkuasa menjumpai lebih banyak alat pengewap elektronik di kediaman pemilik pasar raya mini terbabit dan di sebuah kedai telefon bimbit yang dimilikinya di Geylang.
Lebih 120 produk vape dirampas dari tiga lokasi berkenaan, menurutnya. Ia menambah bahawa pemilik tersebut, yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun, serta kedua-dua juruwang itu sedang membantu dalam siasatan.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, HSA menyatakan Real Mate Mini-Mart merupakan peruncit tembakau pertama yang lesen runcit tembakaunya ditarik balik kerana menjual vape.
"HSA memandang serius terhadap kesalahan sedemikian dan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap peruncit tembakau dan penjual alat pengewap elektronik haram, yang melanggar undang-undang itu," tekannya.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa ia adalah satu kesalahan untuk mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan penjualan alat pengewap elektronik serta komponennya.
Sesiapa yang sabit kesalahan untuk kali pertama kerana mengimport, mengedar atau menjual produk vape boleh dihukum denda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga 12 bulan, didenda sehingga S$20,000 atau kedua-duanya sekali.
Penjualan, penggunaan dan pemilikan vape adalah haram dan membawa denda maksimum sebanyak S$2,000.
OPERASI BANTERAS VAPE DIJALANKAN
Tahun lalu, pihak berkuasa Singapura telah menangani sekitar 8,000 kesalahan berkait vape, kenaikan 43 peratus berbanding 5,600 kes yang dicatat pada tahun 2022. Secara keseluruhannya, sebanyak 7,600 kesalahan dicatat pada 2021.
Pada Disember tahun lalu, pihak berkuasa menyatakan ia akan mempertingkatkan pemeriksaan di pusat pemeriksaan di sempadan Singapura bagi alat pengewap elektronik serta komponennya, dan "tempat-tempat disyaki ramai pengguna vape" untuk menangkap mereka yang menggunakan vape.
Dari 1 Jan hingga 31 Mac, lebih 2,200 individu telah ditemui menggunakan atau memiliki vape.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.