Lesen Sakura Buffet digantung atas isu keselamatan makanan; pengguna diberi amaran terhadap 12 perniagaan berkait
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: Unsplash/Asiya Kiev
SINGAPURA: Lesen Sakura Buffet, sebuah syarikat yang membekalkan makanan kepada sebilangan perniagaan berasaskan laman web, digantung atas kebimbangan terhadap keselamatan makanan.
Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan media pada Sabtu (11 Mei).
Agensi tersebut menyatakan pihaknya menerima maklum balas mengenai kebimbangan terhadap keselamatan makanan.
Ia berhubung makanan yang disediakan oleh lima perniagaan online, sejak lewat Mac 2024.
"Sebilangan kebimbangan ini termasuk makanan yang kurang masak dan bercendawan atau adanya bahan asing dalam makanan seperti rambut dan serangga," jelasnya.
SFA mendapati makanan yang disediakan perniagaan berasaskan laman tersebut dibekalkan oleh Sakura Buffet, yang memegang lesen daripada agensi itu untuk menyediakan khidmat katering makanan. Tujuh perniagaan lain yang serupa juga didapati ada kaitan dengan Sakura Buffet.
12 perniagaan berasaskan laman berkait dengan Sakura Buffet termasuk:
"Ini termasuk kegagalan untuk memastikan premisnya bersih dan adanya pelabelan salah pada setem masa makanan yang dibungkus," kata SFA.
Sistem pengurusan keselamatan makanan itu, yang dikehendaki dilaksanakan perniagaan katering, juga dikuatkuasakan dengan lemah di premis itu, tambahnya.
SFA mendedahkan ia telahpun mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Sakura Buffet dalam 4 insiden - antara November 2023 dan April 2024 - atas sebab beberapa kesilapan keselamatan dan kebersihan makanan.
"Sungguhpun demikian, syarikat itu degil dan gagal memperbaikinya."
Bagi "melindungi pengguna terhadap sebarang pelanggaran keselamatan makanan selanjutnya", SFA menggantung lesen Sakura Buffet pada Jumaat. Ia tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi di premis mereka, yang diberikan lesen.
Siasatan lanjut ke atas kes-kes yang dilaporkan kepada SFA masih dijalankan.
SFA turut menasihati para pelanggan supaya jangan membuat pesanan dengan perniagaan-perniagaan yang berkait dengan Sakura Buffet sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga.
"Pelanggan yang terjejas boleh membangkitkan perkara sedemikian dengan perniagaan tersebut secara langsung atau membuat aduan dengan CASE atau Tribunal Tuntutan Kecil.
Antara 8 dan 10 Mei, Persatuan Pengguna Singapura (CASE) menerima 22 aduan pengguna berkait Sakura Buffet dan perniagaan berasaskan laman itu.

- Yu Mummy Confinement Meals
- Home Tingkat Catering
- Happy Mamapapa Catering
- Vegetarian Buffet
- Angel Confinement Meals
- After Surgery Food Delivery / Catering
- Healthy Meals Catering
- Keto Meals Catering
- Grain Luscious
- Royal Cuisine Group / The Garden Kitchen
- Nonya Buffet
- Pregnancy Meals Catering
"Ini termasuk kegagalan untuk memastikan premisnya bersih dan adanya pelabelan salah pada setem masa makanan yang dibungkus," kata SFA.
Sistem pengurusan keselamatan makanan itu, yang dikehendaki dilaksanakan perniagaan katering, juga dikuatkuasakan dengan lemah di premis itu, tambahnya.
SFA mendedahkan ia telahpun mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Sakura Buffet dalam 4 insiden - antara November 2023 dan April 2024 - atas sebab beberapa kesilapan keselamatan dan kebersihan makanan.
"Sungguhpun demikian, syarikat itu degil dan gagal memperbaikinya."
Bagi "melindungi pengguna terhadap sebarang pelanggaran keselamatan makanan selanjutnya", SFA menggantung lesen Sakura Buffet pada Jumaat. Ia tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi di premis mereka, yang diberikan lesen.
Siasatan lanjut ke atas kes-kes yang dilaporkan kepada SFA masih dijalankan.
SFA turut menasihati para pelanggan supaya jangan membuat pesanan dengan perniagaan-perniagaan yang berkait dengan Sakura Buffet sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga.
"Pelanggan yang terjejas boleh membangkitkan perkara sedemikian dengan perniagaan tersebut secara langsung atau membuat aduan dengan CASE atau Tribunal Tuntutan Kecil.
Antara 8 dan 10 Mei, Persatuan Pengguna Singapura (CASE) menerima 22 aduan pengguna berkait Sakura Buffet dan perniagaan berasaskan laman itu.
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.