Lesen restoran Al Jasra di Kembangan digantung 2 minggu selepas SFA kesan beberapa kesalahan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Restoran Al Jasra, Facebook)
SINGAPURA: Lesen restoran Al Jasra di Kembangan digantung selama dua minggu akibat kelemahan-kelemahan yang dikesan pada keselamatan makanannya, dedah Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Selasa (20 Ogos).
Restoran yang terletak di 459 Changi Road itu tidak akan dibenarkan beroperasi dari 20 Ogos hingga 2 Sep.
Al Jasra juga didenda S$800 selepas mengumpul 12 mata demerit dalam tempoh setahun. Ia dikenakan enam mata demerit setiap satu bagi kesalahan berikut:
Kegagalan untuk memastikan premis berlesen bebas daripada infestasi (dua kali)
Al Jasra terkenal dengan bufet prata 24 jam.
Di bawah sistem mata SFA, pemegang lesen yang mengumpul 12 atau lebih mata demerit dalam tempoh 12 bulan mungkin digantung lesen mereka untuk tempoh sama ada dua atau empat minggu, atau dibatalkan, menurut SFA.
Semua pengendali makanan dan pegawai kebersihan yang bekerja di premis yang digantung itu juga dikehendaki menghadiri semula dan lulus kursus keselamatan makanan sebelum mereka boleh menyambung semula kerja mereka.
“SFA memandang serius terhadap kesalahan ini, dan mengingatkan para pengendali perniagaan makanan supaya mematuhi amalan-amalan makanan dan kebersihan diri pada setiap masa,” menurut agensi itu.
“Ini termasuk melibatkan hanya pengendali makanan berdaftar, dan memastikan premis berlesen diselenggara dengan baik.
Orang ramai yang terjumpa mana-mana operasi makanan yang berpotensi melakukan kesalahan dinasihatkan supaya melaporkan kejadian tersebut kepada SFA melalui borang maklum balas onlinenya.
“SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Persekitaran,” tegas SFA.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.