Skip to main content

Singapura

Lesen ofo akan dibatalkan setelah gagal tepati tarikh akhir pindah basikal

Lesen pengendalian syarikat basikal sewa dari China, ofo akan dibatalkan, setelah ia gagal memindahkan basikal-basikalnya dari tempat awam pada tarikh akhir yang dilanjutkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lesen ofo akan dibatalkan setelah gagal tepati tarikh akhir pindah basikal

Gambar fail basikal ofo. (Gambar: Eric Piermont/AFP)

Diterbitkan : 03 Apr 2019 07:23PM Dikemas Kini : 03 Apr 2019 07:26PM

SINGAPURA: Lesen pengendalian syarikat basikal sewa dari China, ofo akan dibatalkan, setelah ia gagal memindahkan basikal-basikalnya dari tempat awam pada tarikh akhir yang dilanjutkan.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan dalam satu kenyataan pada Rabu (3 Apr) bahawa pihaknya sudah memberi ofo notis tentang rancangan untuk membatalkan lesennya.

Ofo mempunyai sehingga 14 hari untuk memberi pernyataan bertulis kepada pihak berkuasa.

Tarikh akhir asal untuk ofo memindahkan basikal-basikalnya ditangguhkan kepada 28 Mar daripada 13 Mar setelah ibu pejabat ofo memaklumkan LTA bahawa ia sedang mengadakan "rundingan peringkat lanjut" untuk bekerjasama dengan sebuah lagi syarikat bagi menyambung semula operasi dan memenuhi syarat-syarat lesennya.

"Meskipun tarikh akhir dilanjutkan, ofo masih belum mematuhi syarat," menurut pihak berkuasa.

Pada 14 Feb, LTA menggantung lesen ofo setelah pengendali basikal sewa itu gagal memenuhi syarat-syarat pengawal selia dan diarahkan untuk memindahkan basikal-basikalnya menjelang 13 Mar.

Selain memastikan bahawa basikal-basikalnya diletak di kawasan khas dengan menggunakan sistem kod QR, ofo juga gagal mengurangkan jumlah basikal kepada 10,000 meskipun sudah diberi amaran berulang kali, menurut LTA.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita