Lesen klinik di Bishan dibatalkan gara-gara beri ubat salah, 2 doktor disiasat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) membatalkan lesen Prudence Family Clinic atas amalannya memberi ubat secara salah, termasuk ubat batuk codeine dan pil tidur.
Klinik tersebut tidak boleh memberi khidmat perubatan di kliniknya di 512 Bishan Street 13, premis sementara atau melalui teleperubatan, kementerian itu tulis dalam satu kenyataan media pada Sabtu (25 Jan).
MOH menyatakan ia mengeluarkan notis kepada Prudence Family Clinic pada 20 Dis 2024, untuk memaklumkan hasrat membatalkan lesennya.
"Prudence Family Clinicdiberi peluang untuk mengemukakan perwakilan berhubung pembatalan yang dihasratkan, namun mereka tidak melakukannya," dedah MOH.
MOH menyatakan ia mendapati klinik itu melanggar syarat lesennya, khususnya berkaitan preskripsi dan pembekalan ubat batuk codeine, benzodiazepin dan ubat tidur lain beberapa kali.
MOH menyatakan Prudence Family Clinic gagal mencatat dan mengekalkan rekod kesihatan pesakit yang diberi ubat sirap batuk codeine, benzodiazepin dan ubat tidur lain dengan betul.
Klinik itu juga tidak memastikan bahawa doktornya membekalkan sirap batuk mengikut had yang ditetapkan, atau memastikan mereka elak memberi dua atau lebih benzodiazepin atau ubat tidur lain kepada pesakit.
Doktornya juga gagal memastikan pesakit yang memerlukan atau diberi benzodiazepin atau ubat tidur lain selama lebih lapan minggu dirujuk kepada pakar bagi jagaan lanjutan.
"Oleh itu, semua pentauliahan dan/atau penyertaannya yang berkaitan dalam Healthier SG, serta skim kewangan MOH, termasuk Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat dan MediSave, akan dihentikan," tambah MOH.
Dua doktor di klinik itu yang terlibat dalam memberi preskripsi tersebut kini disiasat oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA).
Mereka juga akan dirujuk kepada Majlis Perubatan Singapura (SMC) untuk ditanya tentang sebarang pelanggaran kod dan garis panduan etika.
MOH juga meminta klinik itu, yang dibatalkan lesennya pada Jumaat (24 Jan), untuk memaklumkan kepada semua pesakit yang terjejas supaya mendapat jagaan berterusan.
"Pesakit yang terjejas boleh melawat klinik bertauliah CHAS lain, bertauliah MediSave atau Healthier SG berdekatan," tambah kementerian itu.
MOH menyatakan ia akan terus memantau penyedia khidmat perubatan pesakit berlesen yang memberi preskripsi ubat sedemikian, untuk memastikan pemeriksaan oleh doktor dijalankan mematuhi peraturan sedia ada.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.