Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lesen khidmat bank darah tali pusat, tisu manusia Cordlife diperbaharui

Lesen khidmat bank darah tali pusat dan tisu manusia pusat Cordlife sudah diperbaharui untuk tempoh setahun, menurut syarikat itu pada Selasa (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
 Lesen khidmat bank darah tali pusat, tisu manusia Cordlife diperbaharui

Gambar fail kaunter Cordlife di Hospital Parkway East.

Diterbitkan : 15 Jan 2025 12:38PM Dikemas Kini : 15 Jan 2025 12:40PM
SINGAPURA: Lesen khidmat bank darah tali pusat dan tisu manusia pusat Cordlife sudah diperbaharui untuk tempoh setahun, menurut syarikat itu pada Selasa (14 Jan).

Semasa pemfailan bursa, Cordlife menyatakan pihaknya dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) bahawa ketua pengarah kesihatan MOH memutuskan untuk memperbaharui lesennya mulai 14 Januari.

"Syarikat ini komited untuk memenuhi semua keperluan kawal selia dan langkah pematuhan berkaitan, sebelum mempertimbangkan untuk menyambung semula operasi sepenuhnya di Singapura," menurut Cordlife.

"Sehubungan itu, di peringkat ini, syarikat ini tidak dapat menilai kesan kewangan pada prestasi kewangan kumpulan ini bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2025."

Kes salah kendali unit darah tali pusat Cordlife menjadi tajuk berita utama pada November 2023 apabila MOH mengumumkan ia sedang menjalankan siasatan terhadap syarikat itu.

Tujuh tangki yang menyimpan unit darah tali pusat terdedah kepada suhu melebihi had dibenarkan.

Sekitar 2,200 unit darah tali pusat didapati rosak dalam salah satu tangki itu, di mana ia menjejas sekurang-kurangnya 2,150 klien.

Mediacorp sudah menghubungi MOH untuk mendapat tahu jika Cordlife dibenarkan untuk mengumpul, menguji, memproses dan menyimpan lebih 30 unit darah tali pusat setiap bulan dan jika terdapat sekatan lain terhadap syarikat itu.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan