Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lesen digital dilancarkan bagi teksi, bus dan pemandu kereta sewa

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lesen vokasional digital pemandu teksi, bas, kereta sewa dan omnibas akan dilancarkan pada 1 April.

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 31 Mac.

Lesen vokasional bagi atendan bas juga akan ditukar kepada lesen digital.

Dilancarkan oleh LTA dengan kerjasama Agensi Teknologi Pemerintah (GovTECH), lesen vokasional digital itu akan menjadi bentuk pengenalan rasmi bagi pemilik lesen tersebut.

Lesen digital itu akan tersedia secara aotuomatik di aplikasi Singpass bermula Sabtu (1 Apr) dan boleh diakses di bahagian 'My Cards'
serta kad pengenalan digital dan lesen memandu, menurut LTA dalam kenyataan media.

Pihak tersebut menyatakan pengenalan kepada lesen digital merupakan sebahagian daripada usaha pemerintah untuk mendigitalkan lebih banyak perkhidmatannya. Ia bertujuan untuk mempermudahkan kerja orang ramai.

"Lesen vokasional digital itu juga boleh diterima sebagai bentuk pengenalan untuk masuk ke tempat-tempat seperti Pulau Jurong atau kawasan terlarang di Lapangan Terbang Changi, serta stesen minyak yang menawarkan program kesetiaan bagi pemilik lesen vokasional."

Yuran permohonan yang tidak boleh dikembalikan bagi lesen vokasional akan kekal dan tidak berubah pada S$40.

Mereka yang lulus ujian lesen vokasional boleh menjangkakan untuk menerima lesen mereka di aplikasi Singpass dalam 20 hari bekerja.

"Buat masa ini, para pemandu boleh meneruskan untuk menawarkan khidmat kenderaan ulang-alik sebagai pemandu vokasional menggunakan lesen vokasional sementara yang diberikan kepada mereka apabila mereka lulus ujian lesen vokasional," kata LTA.


KAD FIZIKAL MASIH DISEDIAKAN, HARUS DIBAYAR

Dengan pendigitalan lesen vokasional, LTA tidak akan mengeluarkan lesen vokasional fizikal bermula 1 April 2023.

"Pemandu yang masih ingin mendapatkan lesen vokasional fizikal boleh memohon bersama LTA, dengan harga yuran S$21.60," kata pihak itu.

Pemandu juga boleh memohon kad fizikal melalui GoBusiness di aplikasi Singpass selepas lesen digital mereka dikeluarkan. Mereka boleh menjangkakan untuk menerima kad mereka dalam 20 hari bekerja.

Menjelang pelancaran pada Sabtu (1 Apr), LTA menasihatkan pemilik lesen vokasional supaya melindungi maklumat peribadi mereka.

Pelancaran lesen vokasional digital dilaksanakan setahun selepas pengenalan lesen memandu digital.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan