Lesen cawangan Casuarina Curry di Upper Thomson digantung dua minggu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Lesen cawangan Casuarina Curry di Thomson Road digantung selama dua minggu kerana kelemahan dalam menjaga kebersihan makanan.
Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Selasa (9 Jan).
Kedai yang terletak di 138 Casuarina Road di Sembawang Hills Estate tidak dibenarkan untuk beroperasi dari 9 hingga 22 Januari.
Casuarina Curry juga didenda S$800 setelah mengumpul 12 markah demerit dalam tempoh setahun. Ia diberi enam mata demerit bagi setiap kesalahan tersebut:
Gagal memastikan premis berlesen tersebut bebas daripada serangan serangga perosak
Menjual makanan tidak bersih
"Pemegang lesen yang mengumpul 12 atau lebih mata demerit dalam tempoh 12 bulan boleh berdepan dengan lesennya digantung untuk tempoh dua atau empat minggu, atau dibatalkan," dedah SFA.
Semua pengendali makanan dan pegawai kebersihan makanan di premis yang digantung itu juga diperlukan untuk menghadiri dan lulus kursus kebersihan makanan sekali lagi sebelum mereka dibenarkan untuk meneruskan pekerjaan mereka.
"SFA tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar
Akta Kesihatan Awam Persekitaran."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.