Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lesen ahli perubatan TCM digantung atas pelibatan dalam rumah urut tidak berlesen

Seorang ahli perubatan tradisional Cina (TCM) digantung tugas selama tiga tahun selepas mengaku membenarkan sijil amalan perubatannya dipaparkan di sebuah rumah urut tidak berlesen di MacPherson Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Lesen ahli perubatan TCM digantung atas pelibatan dalam rumah urut tidak berlesen

Gambar fail. (Gambar: Franck Fife/AFP)

Diterbitkan : 14 Jan 2019 11:52PM Dikemas Kini : 14 Jan 2019 11:55PM

SINGAPURA: Seorang ahli perubatan tradisional Cina (TCM) digantung tugas selama tiga tahun selepas mengaku membenarkan sijil amalan perubatannya dipaparkan di sebuah rumah urut tidak berlesen di MacPherson Road.

Sein Mok Sin bekerja untuk pemilik rumah urut berkenaan secara sambilan, menurut Lembaga Ahli Perubatan Tradisional Cina dalam satu kenyataan media pada Isnin (14 Jan).

Dia didapati bersalah pada November 2016 kerana bersubahat menjalankan urusan dengan sebuah rumah urut tidak berlesen, dan membayar denda sebanyak S$1,000.

Lembaga itu membentuk sebuah jawatankuasa siasatan selepas polis mengemukakan aduan berhubung kesalahan Sein.

Jawatankuasa itu mendapati tindakan Sein membenarkan salinan sijl TCMnya dipaparkan di rumah urut berkenan telah melanggar kod etika dan garis anduan bagi pengamal TCM.

Menurut Lembaga Perubatan TCM juga, Sein yang merupakan pesalah kali pertama tidak menunjukkan rasa kesal semasa siasatan dijalankan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan