Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lesen 9 pusat hiburan, F&B dibatalkan kerana langgar peraturan COVID-19

Lesen menyediakan hiburan awam dan minuman keras bagi sembilan pusat hiburan dan cawangan makanan dan minuman (F&B) dibatalkan kerana "berkali-kali dan secara terang-terangan" melanggar langkah kawalan COVID-19, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lesen menyediakan hiburan awam dan minuman keras bagi sembilan pusat hiburan dan cawangan makanan dan minuman (F&B) dibatalkan kerana "berkali-kali dan secara terang-terangan" melanggar langkah kawalan COVID-19, menurut polis.

Secara keseluruhan, empat lesen menyediakan hiburan awam dan sembilan lesen menyediakan minuman keras milik perniagaan tersebut dibatalkan, menurut polis dalam satu kenyataan pada Sabtu (12 Feb).

Kesemua sembilan premis itu turut diarah berhenti operasi antara 10 hingga 30 hari, dan boleh dikenakan denda atau pendakwaan, menurut polis.

Berikut senarai kedai yang kedua-dua lesen menyediakan hiburan awam dan minuman keras dibatalkan:

- MZS Family Karaoke di Ming Arcade di 21 Cuscaden Road
- H.O.M di #04-07 Ming Arcade
- H.O.M di #04-08 Ming Arcade
- The Idle di bangunan Infinite Studios di 21 Media Circle

Kedai yang lesen menyediakan minuman keras dibatalkan:

- Steamov Steamboat Buffet Restaurant di 367 dan 369 Beach Road
- Darts Legend di Alice@Mediapolis di 29 Media Circle
- Haru Bar di Central Mall di 3 Magazine Road
- Buzzed Pub di 29 Dalhousie Lane
- Ohms Garden di 672 Chander Road

Semasa pemeriksaan penguatkuasaan dijalankan oleh agensi-agensi pemerintah, pengendali premis itu didapati melanggar langkah kawalan jangkitan beberapa kali.

Ini termasuk menyediakan permainan dadu dan daun terup di premis itu dan gagal mengurangkan pergaulan antara kakitangan dan pelanggan bagi memastikan jumlah individu dalam setiap kumpulan tidak melebihi had yang dibenarkan bagi perhimpunan sosial serta gagal berhenti menjual dan minum minuman keras selepas pukul 10.30 malam.

Atas kesalahan melanggar langkah kawalan jangkitan di bawah Peraturan COVID-19 2020 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan), individu dan pengendali yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Polis menasihatkan orang awam dan perniagaan supaya memandang serius terhadap pengurusan selamat COVID-19.

"Polis tidak bertolak ansur terhadap tingkah laku tidak bertanggungjawab berkaitan pelanggaran langkah-langkah sedemikian dan pesalah akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang."

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan