Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lesen 8 peruncit digantung; jual rokok kepada pelanggan bawah umur

Lesen lapan peruncit tembakau digantung selama enam bulan setelah didapati menjual rokok kepada pelanggan bawah umur 20 tahun, dedah Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Rabu (11 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lesen 8 peruncit digantung; jual rokok kepada pelanggan bawah umur

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Nov 2020 12:49PM Dikemas Kini : 11 Nov 2020 12:56PM

SINGAPURA: Lesen lapan peruncit tembakau digantung selama enam bulan setelah didapati menjual rokok kepada pelanggan bawah umur 20 tahun, dedah Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Rabu (11 Nov).

Mereka ditangkap menerusi kegiatan pengawasan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh HSA.

Kesemua lapan peruncit itu adalah pesalah kali pertama dan lesen mereka digantung antara Julai dengan September tahun ini.

Mereka adalah:

- Sin Tong Eating House di 429A Choa Chu Kang Avenue 4

- Fresh Foods Supermarket di 727 Clementi West Street 2

- G&G Gambas di 50 Gambas Crescent

- HNH di 481 Tampines Street 44

- Happy Grocer Tradining di 347 Ang Mo Kio Avenue 3

- Reshmi Mini Mart di 856 Tampines Street 82

- Superluck Food Court di 440 Bukit Batok West Avenue 8

- U Stars Supermarket di 261 Punggol Way

Kesemua peruncit itu tidak dibenarkan menjual produk-produk tembakau sepanjang tempoh penggantungan selama enam bulan.

"HSA mengambil tindakan tegas terhadap para peruncit yang melanggar undang-undang dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan pendakwaan terhadap mereka," menurut agensi itu.

"Pemegang lesen runcit tembakau diingatkan supaya bersikap bertanggungjawab ke atas semua urus niaga produk tembakau di kedai mereka, serta tingkah laku para kakitangan mereka.

"Para penjual berisiko melanggar undang-undang sekiranya mereka menilai usia pembeli berdasarkan penampilan fizikal semata-mata dan sebaliknya tidak meminta kad pengenalan atau bentuk pengenalan diri yang lain."

Usia minimum yang dibenarkan untuk menggunakan, memiliki atau membeli produk-produk tembakau dinaikkan ke 20 tahun pada 1 Jan tahun ini, dan akan dinaikkan lagi ke 21 tahun mulai tahun depan. Umur minimum yang ditetapkan pada tahun lalu adalah 19 tahun.

Di bawah Akta (Kawalan Iklan dan Penjualan) Tembakau, sesiapa yang ditangkap menjual produk tembakau kepada individu bawah umur boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 bagi kesalahan pertama, dan sehingga S$10,000 bagi kesalahan kedua atau seterusnya.

Lesen penjualan tembakau mereka juga akan digantung selama enam bulan bagi kesalahan pertama dan dibatalkan bagi kesalahan kedua.

Kedai runcit yang didapati menjual produk tembakau kepada pelanggan bawah umur yang memakai seragam sekolah atau mereka yang bawah usia 12 tahun, lesen penjualan tembakau kedai itu akan ditarik balik, sekalipun ia adalah kesalahan pertama.

HSA menyatakan bahawa 110 lesen penjualan tembakau digantung dan 16 lesen ditarik balik antara 2015 dengan September tahun ini.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan