Lesen 10 peruncit digantung kerana jual rokok kepada pelanggan bawah umur
Lesen runcit tembakau bagi 10 peruncit termasuk sebuah cawangan 7-Eleven, digantung selama enam bulan setelah mereka didapati menjual rokok kepada para pelanggan bawah umur. Ini menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Jumaat (24 Jul).

(Gambar fail: Reuters/Michaela Rehle)
SINGAPURA: Lesen runcit tembakau bagi 10 peruncit termasuk sebuah cawangan 7-Eleven, digantung selama enam bulan setelah mereka didapati menjual rokok kepada para pelanggan bawah umur. Ini menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Jumaat (24 Jul).
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dikesan melalui pemantauan dan kegiatan-kegiatan penguatkuasaan HSA.
Cawangan-cawangannya termasuk: Teo Chuan Hoe & Co di 7 Jalan Bukit Merah, Ramiyaa S Maarketing di 498A Tampines Street 45, Rahmaniya Grocery di 543 Bedok North Street 3, XinYuYang di 84 Bedok North Street 4 dan Wah Chiang Telecommunication di 49 Stirling Road.
Ia turut merangkumi: Fortune di 731 Yishun Street 72, Eng Seng Coffee Stall di 221B Boon Lay Place, Tawfiqa Trading di 932B Hougang Avenue 9, Guru Brothers Trading & Supermart di 423 Hougang Avenue 6 dan Express Avenue di 58 Marine Terrace.
Kesemua 10 cawangan itu didapati menjual rokok kepada para pelanggan bawah umur buat pertama kali.
Lesen cawangan-cawangan itu digantung dari Ogos tahun lalu hingga Jun tahun ini.
Usia minimum yang dibenarkan untuk menggunakan, memiliki atau membeli produk tembakau dinaikkan kepada 20 tahun pada 1 Jan 2019 dan akan dinaikkan kepada 21 tahun mulai tahun depan. Usia minimum bagi produk tembakau pada tahun lalu adalah 19 tahun.
Di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan), sesiapa saja yang didapati menjual produk-produk tembakau kepada para individu bawah umur minimum yang dibenarkan boleh didenda sehingga S$5,000 bagi kesalahan pertama, dan sehingga S$10,000 bagi kesalahan kedua atau seterusnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.