Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Leong Mun Wai lepaskan jawatan ketua PSP untuk bertanggungjawab ke atas arahan POFMA

Leong Mun Wai melepaskan jawatan sebagai setiausaha agung Parti Kemajuan Singapura (PSP) untuk bertanggungjawab ke atas perintah POFMA baru-baru ini berhubung dakwaan palsu yang dibuatnya mengenai kekurangan bantuan kewangan yang dihulurkan kepada penduduk West Coast.

Anggaran Waktu Membaca:
Leong Mun Wai lepaskan jawatan ketua PSP untuk bertanggungjawab ke atas arahan POFMA

Setiausaha Agung PSP Leong Mun Wai dalam satu sidang media pada 27 Mei 2023. (Gambar: TODAY/Leonard Leong)

SINGAPURA: Leong Mun Wai melepaskan jawatan sebagai setiausaha agung Parti Kemajuan Singapura (PSP) untuk bertanggungjawab ke atas perintah POFMA baru-baru ini berhubung dakwaan palsu yang dibuatnya mengenai kekurangan bantuan kewangan yang dihulurkan kepada penduduk West Coast.

"Untuk bertanggungjawab ke atas Arahan Pembetulan POFMA yang dikeluarkan terhadapnya pada 15 Feb 2024, Encik Leong Mun Wai memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung PSP pada 20 Feb 2024," menurut parti itu dalam kenyataan medianya pada Jumaat (23 Feb).

Encik Leong, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) dilantik sebagai ketua PSP pada April 2023.

Beliau akan kekal sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti tersebut.

Cik Hazel Poa akan mengambil alih tugas sebagai setiausaha agung PSP setelah dilantik untuk menggalas peranan itu pada 20 Februari lalu.

Menurut PSP, ia "berbangga dengan (Encik Leong) kerana menunjukkan sikap bertanggungjawab melalui tindakannya, dan bukan menerusi kata-kata sahaja".

"Parti Kemajuan Singapura akan terus berusaha untuk membina Singapura yang lebih progresif, penuh belas ihsan dan inklusif," tambah kenyataan tersebut.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan