Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Leong Mun Wai dilantik setiausaha agung baru PSP

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parti Kemajuan Singapura (PSP) telah melantik Encik Leong Mun Wai sebagai setiausaha agungnya yang baru, menurut kenyataan yang dikeluarkan parti itu pada Selasa (4 Apr).

Ini selepas mantan setiausaha agungnya Francis Yuen, 73 tahun, melepaskan jawatan itu pada Mac selepas dua tahun berkhidmat.

PSP diasaskan pada 2019 oleh Dr Tan Cheng Bock, mantan anggota parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP). Dr Tan kekal sebagai pengerusi parti dalam Jawatankuasa Pemilihan Pusat (CEC) barunya yang diumumkan pada Selasa.

Cik Hazel Poa dilantik sebagai naib pengerusi baru PSP, menggantikan Encik Wang Swee Chuang.

Kedua-dua Encik Leong, 64 tahun, dan Cik Poa, 52 tahun, merupakan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).

Turut dalam CEC baru ialah Encik Nadarajah Loganathan, Encik Jeffrey Khoo dan Encik Abas Kasmini. Encik Nadarajan juga merupakan penolong setiausaha agung parti yang pertama.

Cik Tan Chika, yang menyertai CEC pada 2020 tetapi dikecualikan pada 2021, turut dipilih kali ini.

CEC baru akan berkhidmat selama dua tahun, sehingga Mac 2025.

Dalam video yang dimuat naik di Facebook pada Selasa, Encik Leong berkata Encik Yuen membangunkan "asas kukuh" untuk PSP dalam dua tahun beliau menjadi ketuanya.

“Sekarang baton telah diserahkan kepada saya, saya berusaha untuk membawa PSP ke tahap yang lebih tinggi, dan merealisasikan Singapura yang progresif, penuh ihsan dan inklusif.”
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan