Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Leong Mun Wai dikenakan POFMA kerana dakwa pasangan di West Coast kurang dapat bantuan pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:
Leong Mun Wai dikenakan POFMA kerana dakwa pasangan di West Coast kurang dapat bantuan pemerintah

Setiausaha Agung PSP Leong Mun Wai dalam satu sidang media pada 27 Mei 2023. (Gambar: TODAY/Leonard Leong)

SINGAPURA: Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) mengeluarkan arahan pembetulan terhadap Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) khususnya menyatakan bahawa catatan Facebook beliau mengandungi beberapa perkara tidak benar.

Ia berkaitan bantuan yang dihulurkan kepada pasangan suami isteri yang tinggal di West Coast.

Arahan turut dikeluarkan kepada The Online Citizen dan Gutzy Asia kerana menyalin semula catatan Encik Leong.

Encik Leong antara lain mendakwa bahawa pasangan itu hanya menerima satu geran untuk perbelanjaan harian dan tiada bentuk bantuan kewangan lain ditawarkan oleh agensi-agensi sektor awam.

MSF menjelaskan bahawa pasangan itu menerima baucar untuk membeli barang dapur dan membayar bil api air. Mereka juga diberi wang tunai berjumlah S$830 setiap bulan.

Encik Leong turut mendakwa bahawa bil hospital wanita berkenaan sudah menggunakan banyak Medisave beliau.

MSF pula menyatakan bahawa wanita itu mempunyai lebih S$60,000 dalam akaunnya setakat Isnin (12 Feb).

Bagi dakwaan bahawa pasangan itu tidak layak menerima bantuan untuk menaiki pengangkutan awam pula, MSF menyatakan bahawa mereka sudah menerima baucar berkaitan bagi tiga pusingan pengagihan sebelumnya.

Si suami pula sedang menerima khidmat pengiring perubatan bersubsidi.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan