Leon Perera, Nicole Seah letak jawatan dari Parti Pekerja selepas jalin hubungan sulit
Anggaran Waktu Membaca:
Leon Perera dan Nicole Seah. (Gambar: Parti Pekerja)
SINGAPURA: Para anggota kanan Parti Pekerja (WP) Leon Perera dan Nicole Seah meletak jawatan daripada parti pembangkang selepas menjalin hubungan sulit, umum Setiausaha Agung Pritam Singh pada Rabu (10 Jul).
Pengumuman itu dibuat dua hari selepas sebuah klip video yang memaparkan pasangan itu tersebar di Facebook, sekali gus mendorong parti itu untuk meneliti "kelakuan tidak wajar antara dua anggota kanan parti tersebut".
Pihaknya menambah bahawa parti berkenaan "mengharapkan semua anggotanya untuk bersikap bertanggungjawab atas tingkah laku mereka".
Klip video tanpa suara sepanjang 15 saat itu menunjukkan Encik Perera - Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Aljunied - sedang makan bersama calon Pilihan Raya Umum 2020 Cik Seah sambil memegang dan membelai tangannya.
Tidak diketahui bila atau di mana video itu dirakam.

Ia kali pertama dimuat naik oleh pengguna Facebook "Victoria Wang" dan setakat lewat petang Selasa, video dan akaun itu tidak lagi ditemui.
Kedua-dua Encik Perera dan Cik Seah sudah berkahwin.
Encik Perera, yang berusia 53 tahun pada tahun ini, mempunyai dua anak. Cik Seah, 36 tahun, melahirkan anak keduanya pada April tahun lalu.
Kedua-dua mereka menganggotai jawatankuasa eksekutif pusat WP. Encik Perera menerajui pasukan media manakala Cik Seah adalah presiden sayap belianya.
Encik Perera mula memasuki arena politik tempatan apabila beliau bertanding sebagai calon bagi East Coast semasa Pilihan Raya Umum 2015. Beliau seterusnya menjadi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), sebelum menyertai kubu kuat WP di GRC Aljunied pada Pilihan Raya 2020.
Sebelum menyertai politik, beliau merupakan kakitangan awam dan kemudian menjadi pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif sebuah agensi penyelidikan dan perunding perusahaan.
Cik Seah menyertai WP pada 2015, dengan bertanding di GRC East Coast semasa Pilihan Raya 2020, selepas beliau berkhidmat dengan Parti Reform dan Parti Perpaduan Nasional. Beliau mula dikenali ramai sebagai calon wanita paling muda dalam Pilihan Raya Umum 2011, pada usia 24 tahun.
Cik Seah, kali terakhir dilaporkan pada 2020, bekerja di sebuah firma pemasaran berbilang negara.
Pada 2012, WP pernah menggantung khidmat mantan AP Hougang Yaw Shin Leong berikutan khabar angin mengenai hubungan sulit yang terjalin. Insiden tersebut bagaimanpun dibangkitkan semula pada 2021, apabila parti tersebut menyangkal dakwaan oleh Encik Yaw bahawa beliau diberitahu untuk terus berdiam diri selepas hubungan sulit itu didedahkan.

Pada Isnin, mantan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin yang sudah menjadi AP GRC Marine Parade sejak 2011 - meletak jawatan daripada parlimen dan Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Beliau menjalin hubungan sulit dengan anggota PAP AP Cheng Li Hui, yang juga meletak jawatan daripada parti tersebut.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.