Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lembaga siasatan akan semak semula kematian anggota bomba ketika bertugas: MHA

Anggaran Waktu Membaca:
Lembaga siasatan akan semak semula kematian anggota bomba ketika bertugas: MHA

(Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 24 Feb 2023 01:20PM Dikemas Kini : 24 Feb 2023 01:21PM
SINGAPURA: Sebuah Lembaga Siasatan (BOI) akan bersidang bagi meneliti fakta berhubung kematian seorang anggota bomba ketika sedang bertugas.

Demikian menurut Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim di Parlimen pada Jumaat (24 Feb).

Dr Faishal berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Murali Pillai (PAP-Bukit Batok) berhubung siasatan terhadap kematian Sarjan Pertama SGT1 Edward Go, seorang anggota Perkhidmatan Negara Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Sarjan Go, yang berusia 19 tahun, rebah semasa memadamkan kebakaran di Henderson Road pada Disember lalu, dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

Beliau adalah anggota bomba pertama yang meninggal dunia semasa operasi SCDF.

Dr Faishal berkata siasatan polis masih dijalankan terhadap kematian SGT1 Go.

Dr Faishal menambah bahawa selepas siasatan sudah selesai dijalankan, polis akan memaklumkan koroner mengenai dapatan mereka. Koroner akan kemudian mempertimbangkan siasatan polis itu dan membentangkan dapatannya berhubung kematian SGT1 Go.

Sebuah Lembaga Siasatan juga akan bersidang di bawah Akta Pertahanan Awam, bagi menyemak semula insiden tersebut.

"Memandangkan BOI juga merupakan badan pencarian-fakta, ia akan bersidang selepas dapatan koroner telah ditetapkan. BOI akan juga mempertimbangkan dapatan polis dan koroner, dalam penilaiannya terhadap perkara tersebut," jelas Dr Faishal.

BOI akan kemudian akan menyerahkan laporannya kepada Menteri Dalam Negeri (MHA) dan berkongsi dapatan serta saranannya kepada umum pada masa yang sesuai.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan