Lembaga Perbadanan Perusahaan Pemulihan S'pura kerjasama dengan 5,300 majikan
Lembaga Perbadanan Perusahaan Pemulihan Singapura (SCORE) bekerjasama dengan 5,300 majikan bagi memberikan latihan dan pekerjaan kepada para tahanan.
SINGAPURA: Lembaga Perbadanan Perusahaan Pemulihan Singapura (SCORE) bekerjasama dengan 5,300 majikan bagi memberikan latihan dan pekerjaan kepada para tahanan.
Langkah tersebut bagi membantu mereka menyesuaikan semula diri ke dalam masyarakat dan mengurangkan kemungkinan membuat kesalahan lagi.
Menurut SCORE, lebih daripada 90 peratus daripada tahanan yang dirujuk kepada mereka, mendapat pekerjaan selepas dibebaskan dari penjara, manakala 60 peratus berjaya bekerja lebih daripada enam bulan.
The Hope Cafe merupakan dapur latihan SCORE di mana para tahanan menjalani latihan F&B oleh Kemahiran Tenaga Pekerja (WSQ).
Kemahiran yang diraih mampu memberi mereka peluang untuk mendapat pekerjaan dalam industri F&B.
Bercakap selepas lawatannya ke SCORE, Presiden Halimah Yacob berkata sokongan dari majikan dan masyarakat adalah penting dalam proses pemulihan bekas banduan.
"Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pekerjaan, kebolehan untuk integrasi dengan masyarakat lebih baik, proses rehabilitasi juga baik.
"Kita lihat jumlah mereka yang mempunyai pekerjaan yang akan melakukan kesalahan lagi berkurangan," menurut Presiden Halimah Yacob.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.