Lembaga Pelancongan SG perkenal ketua eksekutif baru
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI)
SINGAPURA: Lembaga Pelancongan Singapura (STB) akan memperkenalkan ketua eksekutif baru bulan depan.
Encik Keith Tan, yang menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Eksekutif STB sejak Oktober 2018, akan digantikan dengan Cik Melissa Ow, Naib Presiden Eksekutif untuk pengalaman pelanggan, pemasaran & kumpulan pengendalian pelaburan di Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan media pada Rabu (3 Mei), dengan pelantikan Cik Ow berkuat kuasa dari 1 Jun 2023.
Cik Ow, yand dipinjamkan ke EDB dari STB pada Jun 2020, memainkan "peranan yang utama dalam mengubah model penjualan dan pemasaran B2B (perniagaan ke perniagaan) organisasi tersebut".
Sebelum khidmatnya di EDB, beliau memegang beberapa jawatan di STB dengan jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Ketua Eksekutif, di mana beliau membantu dalam meletakkan Singapura di peta dunia memandangkan ia menjadi tuan rumah bagi beberapa acara perdana dan menarik pelaburan pelancongan utama.
Dalam peranan tersebut, Cik Ow menerajui Kumpulan Pembangunan Pengalaman STB dan Kumpulan Korporat, dalam memastikan Singapura menawarkan barisan produk pelancongan yang meliputi daripada pengalaman makan sehingga pembangunan kawasan.
Beliau turut menyelia fungsi korporat STB seperti undang-undang, perolehan, kewangan dan sumber manusia.
MENYOKONG PERJUANGAN MENENTANG COVID-19
Memberi penghormatan kepada Encik Tan yang bakal berundur daripada jawatan tersebut, MTI menyatakan bahawa di bawah pucuk pimpinannya, beliau memimpin STB dalam membangunkan, memasarkan dan mempromosikan Singapura sebagai destinasi yang bertenaga untuk pelancong perniagaan dan percutian yang bermutu.
MTI juga memberi pujian kepada usahanya dalam menyokong kemampanan dan kebajikan sebagai strategi utama untuk pelancongan Singapura, di samping memperkukuhkan keupayaan digital serta data STB dan sektor pelancongan.
Apabila sempadan antarabangsa ditutup semasa pandemik COVID-19 melanda, yang menjejas teruk ketibaan pelawat ke negara ini, Encik Tan "membimbing sektor pelancongan tersebut untuk menyokong perjuangan terhadap COVID-19", dengan hotel, kapal pesiaran dan tempat Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) berkhidmat sebagai prasarana pemulihan dan jagaan.
Beliau turut menerajui usaha untuk membuka semula sektor pelancongan Singapura dengan selamat pada hujung 2021, yang mendorong kepada pembukaan semula sepenuhnya kemudahan serta prasarana pelancong tahun lalu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.