Lembaga Kemajuan Ekonomi lancar kempen video bagi pikat perniagaan, pelabur ke S'pura
Lembaga Kemajuan Ekonomi melancarkan sebuah kempen video bagi menarik perniagaan, pelabur dan peniaga ke Singapura.
SINGAPURA: Lembaga Kemajuan Ekonomi melancarkan sebuah kempen video bagi menarik perniagaan, pelabur dan peniaga ke Singapura.
Video itu juga menunjukkan Singapura kekal terbuka kepada orang ramai, perdagangan dan pelaburan.
Ia dilancarkan di wadah online serta di pasaran-pasaran utama seperti United Kingdom, China, Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat.
EDB menyatakan, video tersebut menampilkan syarikat-syarikat tempatan yang menyesuaikan diri kepada krisis COVID-19 serta beberapa pelaburan yang memasuki pasaran Singapura.
Ia juga mencerminkan sikap tegar Singapura untuk mengatasi pandemik COVID-19 dengan kerjasama perniagaan dan masyarakat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.