Lembaga CPF lancar suis keselamatan tangani penipuan
Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pada Isnin (2 Feb) melancarkan dua langkah antipenipuan bagi membendung taktik skim penipuan yang semakin berubah-ubah.
Anggaran Waktu Membaca:
Logo CPF di sebuah bangunan komersil di Tampines. (Gambar fail: Mediacorp)
SINGAPURA: Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pada Isnin (2 Feb) melancarkan dua langkah antipenipuan bagi membendung taktik skim penipuan yang semakin berubah-ubah.
Diberi nama khidmat pemberitahuan kontak yang boleh dipercayai dan suis keselamatan CPF, langkah-langkah baharu itu adalah lanjutan kepada langkah keselamatan antipenipuan yang sudah diperkenalkan bagi pencarum.
Ini termasuk had pengeluaran harian CPF secara online sebanyak S$2,000 bagi pencarum berusia 55 tahun ke atas, penggunaan biometrik bagi penamaan waris secara online dan tempoh bertenang selama 12 jam untuk menaikkan had pengeluaran online harian.
Suis keselamatan CPF itu membolehkan pencarum berusia 55 tahun ke atas untuk segera melindungi akaun CPF mereka jika mereka mengesyaki bahawa mereka merupakan mangsa skim penipuan.
Ia merupakan langkah perlindungan yang direka untuk segera menghalang sebarang aliran keluar kewangan yang tidak diingini dan mencegah kehilangan maklumat peribadi jika akaun Singpass pencarum itu terjejas, menurut Lembaga CPF.
Apabila ia diaktifkan, ia akan melumpuhkan akses kepada khidmat online di laman CPF dan aplikasi mudah alih, menghentikan sebarang pemindahan wang yang sedang dijalankan dan menghalang sebarang pemindahan dilakukan daripada akaun CPF milik pencarum itu.
Pengagihan wang kepada akaun bank berdaftar pencarum juga akan dihentikan.
Sungguhpun begitu, caruman masuk CPF dan aturan pembayaran perumahan atau insurans tidak akan terjejas, supaya simpanan CPF pencarum terus dilindungi, sambil mengurangkan gangguan kepada kehidupan harian mereka.
Khidmat pemberitahuan kontak yang boleh dipercayai membolehkan pencarum CPF berusia 21 tahun ke atas untuk melantik dua kenalan yang boleh dipercayai.
Mereka akan menerima salinan pemberitahuan yang dihantar kepada pencarum CPF itu selepas berlaku urus niaga penting, seperti pengeluaran CPF dalam jumlah yang besar bagi keperluan segera untuk persaraan.
Buat masa ini, pencarum dimaklumkan menerusi saluran kontak yang berdaftar apabila mereka membuat urus niaga tersebut.
"Khidmat pilihan itu menawarkan langkah keselamatan tambahan kepada para pencarum dengan membolehkan individu yang dipercayai, seperti seorang anggota keluarga, untuk membantu mengesan sebarang urus niaga mencurigakan dan memberi campur tangan dengan segera," menurut Lembaga CPF.
Jika kontak yang boleh dipercayai itu mengesyaki bahawa pencarum itu adalah mangsa skim penipuan, mereka digalakkan untuk menasihati pencarum CPF itu supaya memaklumkan kepada pihak bank agar membekukan akaun yang terjejas, menetapkan semula akaun Singpass, membuat aduan polis, memaklumkan kepada Lembaga CPF dan menghidupkan suis keselamatan CPF.
Untuk mengaktifkan suis keselamatan, pencarum yang layak boleh hubungi talian CPF di 1800-227-1188.
Suis itu hanya boleh dimatikan secara fizikal di pusat khidmat CPF atau dengan meghubungi talian hotline semasa waktu operasi.
Pencarum yang tidak berhasrat membuat sebarang pemindahan jangka pendek boleh melindungi akaun CPF daripada skim penipuan dengan mengaktifkan kunci pengeluaran CPF, yang menetapkan had pengeluaran harian kepada S$0 dengan serta-merta.
Pada separuh pertama 2025, terdapat 19,665 kes penipuan dilaporkan di Singapura, melibatkan kerugian sebanyak S$456.4 juta.
Lembaga CPF menyatakan ia akan terus menyemak dan meningkatkan langkah-langkah antipenipuan bagi membantu pencarum melindungi simpanan CPF mereka.
"Kami juga akan terus bekerjasama dengan pihak bank dan agensi-agensi pemerintah lain bagi memantau landskap skim penipuan yang berubah-ubah."
Pencarum yang menerima panggilan atau mesej WhatsApp, yang didakwa daripada Lembaga CPF harus mengesahkan kesahihannya, kerana penipu menggunakan taktik seperti menuduh mangsa terbabit dalam jenayah dan rakaman suara automatik.
Panggilan daripada Lembaga CPF hanya dibuat menerusi talian 6227 1188, jelasnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.