Skip to main content

Singapura

Lembaga CPF beri amaran kepada majikan terhadap emel penipuan minta maklumat gaji pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
Lembaga CPF beri amaran kepada majikan terhadap emel penipuan minta maklumat gaji pekerja

Gambar hiasan seorang lelaki menggunakan komputer riba. (Gambar fail: Jeremy Long)

SINGAPURA: Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB) pada Rabu (1 Nov) memberi amaran kepada syarikat-syarikat tentang emel penipuan yang meminta maklumat mengenai gaji pekerja.

Emel tersebut meniru alamat emel CPFB yang dipaparkan pada alamat emel penghantar, dedah CPFB dalam satu catatan Facebook pada Rabu (1 Nov).

Emel penipuan tersebut dengan tajuk: "Peringatan: Peraturan untuk mengisytiharkan maklumat gaji" dan mengandungi fail yang meminta butiran tentang pendapatan pekerja, tambah CPFB.

CPFB menasihatkan para majikan supaya jangan membuka fail berkenaan dan memadamkan emel tersebut dengan segera.

Ia juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa sistemnya tidak digodam.

Orang ramai digalakkan supaya menyemak dan mengemas kini tetapan keselamatan emel mereka untuk menyekat emel berniat jahat atau palsu, atau mendapatkan bantuan daripada penyedia perkhidmatan emel mereka, menurut CPFB.

Makluman yang diterbitkan oleh Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) pada 2020 dan dikemas kini pada 2022 menyatakan bahawa kaedah paling biasa digunakan oleh para penggodam ialah dengan menyamar sebagai CEO syarikat, rakan kongsi perniagaan atau kenalan mangsa yang diketahui, menggunakan akaun emel palsu untuk menghantar permintaan tertentu.

Ia menambah bahawa emel bersifat pancingan data akan kelihatan mendesak dan menyenaraikan padahnya jika penerima tidak bertindak dengan segera dan orang ramai dinasihatkan supaya jangan menekan sebarang pautan atau membuka sebarang lampiran daripada emel tersebut.

CSA menasihatkan orang ramai supaya jangan menekan sebarang pautan atau membuka fail dari emel sedemikian.

Ia juga menasihatkan para pemilik perniagaan supaya mengamalkan budaya berjaga-jaga berkaitan isu siber dalam kalangan pekerja mereka dan melaksanakan proses pengesahan tambahan bagi permintaan berkaitan kewangan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita