Skip to main content

Singapura

Lelaki yang tumbuk pemandu bas dijel: 'Dia anggap saya tidak wujud'

Seorang lelaki yang menumbuk seorang pemandu bas kerana mendakwa bahawa pemandu SBS Transit itu tidak berhenti untuk mengambilnya, dijatuhi hukuman penjara empat minggu dan dikenakan denda S$2,000 pada Selasa (4 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang tumbuk pemandu bas dijel: 'Dia anggap saya tidak wujud'

Gambar fail bas SBS Transit. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 Dec 2018 06:37PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 06:43PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang menumbuk seorang pemandu bas kerana mendakwa bahawa pemandu SBS Transit itu tidak berhenti untuk mengambilnya, dijatuhi hukuman penjara empat minggu dan dikenakan denda S$2,000 pada Selasa (4 Dis).

Chan Yong Hui, 37 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan secara sengaja mencederakan kapten bas SBS, Eng Mok Siang, selain satu tuduhan melontarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sekitar jam 9.00 pagi pada 21 Nov tahun lalu, mangsa sedang melakukan perjalanan bas nombor 111 dan menghentikan kenderaannya di sebuah perhentian bas berdekatan Blok 43, Commonwealth Avenue.

Para penumpang menaiki bas tersebut dan Encik Eng, 44 tahun, menunggu di perhentian bas itu sekitar 15 saat sebelum ia memandu pergi.

Sementara itu Chan, seorang pengurus kondominium, sedang menunggu di perhentian bas itu untuk menaiki bas 111, tetapi beliau tidak melihat bas tersebut kerana beliau sedang menggunakan telefon bimbitnya.

Apabila Encik Eng mula memandu basnya, Chan mendongak dan cuba menghentikan bas, bagaimanapun kenderaan itu sudah bergerak.

Chan mengejar bas itu sekitar 13 saat, menurut Timbalan Pendakwa Raya Tang Shangjun kepada mahkamah. Terpandang Chang sedang berlari Encik Eng menghentikan bas lalu membuka pintu untuknya.

Bagaimanapun, apabila Chan menaiki bas itu, dia melontarkan kata-kata kesat terhadap pemandu bas itu. Encik Eng kemudian membalas dengan kata-kata kesat juga.

Chan kemudian menumbuk pemandu bas itu di bahagian muka, sekali gus mengakibatkan cermin matanya terjatuh.

Dia keluar dari bas tersebut dan mencabar Encik Eng untuk "menjelaskan isu itu" di luar, tetapi Encik Eng menghentikan bas itu, dan memberitahu para penumpang untuk keluar, dan terus berada di tempat duduknya.

Tidak lama kemudian, para pegawai polis tiba di tempat kejadian, dan mangsa tersebut pergi ke poliklinik.

TERTUDUH: TANGAN SAYA LEBIH PANTAS BERBANDING AKAL SAYA

Chan, yang tidak diwakili oleh sesiapa pun, memberitahu mahkamah bahawa dia sedang mengalami "waktu yang sukar" pada ketika itu, kerana dia mempunyai masalah rumahtangga dan "tertekan mengenai bagaimana untuk membesarkan kedua-dua anaknya".

"Apabila saya bersemuka dengannya, dia juga memarahi saya," katanya. "Tangan saya lebih pantas daripada akal saya."

Chan, yang berkata bahawa dia amat menyesali perbuatan yang dilakukannya, mendakwa bahawa ia bukan kali pertama pemandu bas itu melihatnya dan berlalu pergi.

"Ia adalah kali ketiga," menurutnya. "Saya sebenarnya tidak mahu membuli pemandu bas itu atau berkelakuan seperti samseng. Tiada sesiapa yang waras ingin mencari gaduh pada waktu pagi."

Dia tertanya-tanya "(pemandu bas itu) menganggap saya tidak wujud", atau sebab pemandu bas itu berlagak seperti tidak melihatnya langsung.

Pihak pendakwa membalas bahawa pemandu bas itu tetap menghentikan bas untuknya pada kali kedua.
Hakim Daerah Mathew Joseph berkata bahawa tiada alasan bagi pemandu bas itu dilontar dengan kata-kata kesat.

"Cuba anda bayangkan, bagaimana agaknya jika sesiapa saja yang menghadapi masalah dalam bas, bertindak sesuka hati?" Beliau bertanya kepada Chan. "Walaupun pemandu bas itu mungkin sudah berlalu pergi sekali atau dua kali sebelum ini, beliau berhenti dan membenarkan anda menaiki bas."

Beliau mengambil kira rayuan rasa bersalah Chan semasa menjatuhkan hukuman, dan menekankan bahawa dia "salah seorang tertuduh yang jujur di mahkamah". 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita