Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki yang saman wanita S$3 juta selepas ditolak cintanya, berdepan lebih banyak tuduhan menipu berhubung MacBook palsu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki yang mendapat perhatian media berhubung tindakannya memfailkan tindakan undang-undang S$3 juta terhadap seorang wanita yang menolak cintanya, menerima lebih banyak tuduhan menipu.

Selain tuduhan menipu seorang individu berhubung MacBook palsu, K Kawshigan juga dikenakan lima lagi tuduhan serupa pada Khamis (7 Dis).

Warga Singapura berusia 31 tahun itu kini berdepan dengan enam tuduhan kesemuanya kerana berpakat untuk menipu.

Dia dituduh berkomplot dengan dua lelaki - Cheng Zie Sian dan Tee Boon Siong - untuk menipu enam mangsa sebanyak S$23,800 keseluruhannya antara Oktober dengan November tahun ini.

Menurut kertas pertuduhan, mangsa ditipu antara S$990 hingga S$12,000 bagi produk MacBook yang ternyata palsu.

Kawshigan didakwa menggunakan khidmat penghantaran untuk menghantar alat berkenaan kepada mangsa, sehingga memperdaya mereka untuk memindahkan wang itu ke akaun bank.

Pada Khamis, pihak pendakwaan memohon reman lanjut selama seminggu, kerana pegawai penyiasat telah menemui bukti lanjut, terhadap Kawshigan.

Pendakwa raya berkata lebih banyak masa diperlukan untuk mendapatkan semula barang bukti dan melakukan serbuan.

Mahkamah membenarkan permohonan itu. Kawshigan akan kembali ke mahkamah pada Januari.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan