Skip to main content

Singapura

Lelaki yang rakam beberapa lelaki dalam tandas kelab SAFRA dijel, didenda

Seorang lelaki berusia 24 tahun yang merakam beberapa lelaki bogel atau hanya memakai seluar mandi semasa dalam tandas kelab SAFRA Toa Payoh pada Selasa (17 Sep) didenda S$2,000 dan dijatuhi hukuman penjara selama 24 hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang rakam beberapa lelaki dalam tandas kelab SAFRA dijel, didenda

(Gambar: SAFRA Toa Payoh/Facebook)

Diterbitkan : 17 Sep 2019 08:24PM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 08:27PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 24 tahun yang merakam beberapa lelaki bogel atau hanya memakai seluar mandi semasa dalam tandas kelab SAFRA Toa Payoh pada Selasa (17 Sep) didenda S$2,000 dan dijatuhi hukuman penjara selama 24 hari.

Koh Kah Hock adalah seorang mahasiswa di sebuah universiti tempatan semasa kesalahan-kesalahan itu dilakukan, iaitu antara Januari hingga Jun tahun lalu.

Dia mengaku bersalah atas tujuh tuduhan, termasuk merakam 17 filem lucah dan memiliki 258 filem sedemikian. Lagi 11 tuduhan juga diambil kira.

Sekitar Januari 2018, Koh menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam tiga video - secara keseluruhannya sepanjang enam minit - memaparkan tiga lelaki berbeza yang hanya memakai seluar mandi dalam kawasan tandas awam.

Pada bulan yang sama, dia merakam enam video seorang lelaki dalam bilik mandi, yang merakam wajahnya dan tubuhnya yang bogel ketika itu.

Kesalahan-kesalahan itu berterusan sehingga 16 Jun tahun lalu, apabila dia ditangkap oleh salah seorang mangsanya.

Setelah Koh diberkas, pihak polis menggeledah rumahnya dan merampas cakera keras dan komputer riba. Para pegawai menemui 258 filem lucah yang memaparkan lelaki-lelaki bogel dalam peranti itu.

Pihak pendakwa meminta agar dia dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu dan didenda S$2,000.

Bagi kesalahan merakam filem lucah, Koh boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda antara S$20,000 hingga S$40,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita