Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki yang pasang kamera intip dalam tandas untuk rakam rakan wanitanya dipenjara, didenda

Seorang lelaki memasang kamera intip dalam bentuk pena yang mempunyai fungsi rakaman di dalam tandas untuk merakam kawan-kawan wanitanya yang sedang mandi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang pasang kamera intip dalam tandas untuk rakam rakan wanitanya dipenjara, didenda

Gambar fail.

Diterbitkan : 10 Nov 2020 07:36PM Dikemas Kini : 10 Nov 2020 07:44PM

SINGAPURA: Seorang lelaki memasang kamera intip dalam bentuk pena yang mempunyai fungsi rakaman di dalam tandas untuk merakam kawan-kawan wanitanya yang sedang mandi. Mujur, perbuatannya itu berjaya dikesan teman lelaki salah seorang mangsa.

Pesalah berusia 28 tahun itu tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti mangsa yang dikenalinya. Dia dijatuhi hukuman penjara 11 minggu dan didenda S$7,000 pada Selasa (10 Nov).

Mahkamah diberitahu bahawa pesalah itu membeli dua kamera intip dalam bentuk pena yang masing-masing berharga S$20 dan S$30.

Dia memasuki tandas dan memasang alat itu dekat dengan singki atau bekas berus gigi, untuk menghadap tempat mandi sebelum mengaktifkan kamera itu.

Sasarannya ialah rakan-rakan wanita dan seorang penyewa wanita yang tinggal di rumahnya. Setelah mangsa habis mandi, dia akan mengambil kamera pena itu dan menonton video-video tersebut.

Menurut pesalah itu dalam kenyataan polisnya dia merakam video-video itu "untuk suka-suka" meskipun dia tahu perbuatan tersebut adalah salah.

Telefon bimbit serta cakera miliknya dirampas oleh polis dan 14 fail video lucah dijumpai di dalamnya.

Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan menghina kehormatan wanita dan satu tuduhan memiliki filem-filem lucah, dengan tiga tuduhan lain diambil kira.

Atas kesalahan menghina kehormatan wanita, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun, didenda atau kedua-duanya. Bagi memiliki filem lucah, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$20,000, atau kedua-duannya sekali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan