Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki yang kematiannya dikaitkan dengan vaksin COVID-19 sihat, bekerja sehari selepas divaksin: Koroner

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang kematiannya dikaitkan dengan vaksin COVID-19 sihat, bekerja sehari selepas divaksin: Koroner

(Gambar: AFP/Getty Images/Justin Sullivan)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 28 tahun yang meninggal dunia akibat miokarditis atau keradangan otot jantung, tiga minggu selepas menerima vaksin COVID-19, seorang lelaki yang sihat dan bekerja sehari selepas menerima vaksin.

Koroner negara Adam Nakhoda memutuskan bahawa kematian Rajib, seorang warga Bangladesh sebagai satu kemalangan perubatan pada 15 Februari, dengan berkata ia berkemungkinan berkaitan dengan suntikan vaksin COVID-19.

APA YANG BERLAKU

Menerut penemuan koroner yang diterima Mediacorp pada Isnin (20 Feb), Encik Rajib tidak mempunyai sebarang penyakit kronik yang diketahui dan tidak pernah melaporkan sakit ketika bekerja.

Encik Rajib, yang dikenali dengan satu nama sahaja, bekerja sebagai penyelia kimpalan dengan Sunlight Engineering dan tinggal di dormitori CDPL Tuas.

Beliau menjalani pemeriksaan perubatan penuh oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Februari 2013 sebagai sebahagian daripada proses biasa untuk mendapatkan permit kerja dan didapati sihat untuk bekerja.

Menurut majikan Encik Rajib, beliau dijangkiti COVID-19 sekitar setahun sebelum kematiannya, namun pulih sepenuhnya.

Beliau menerima dos pertama vaksin Moderna/Spikevax COVID-19 pada 18 Jun 2021 dan tidak mengadu sakit. Malah, beliau bekerja pada keesokan hari.

Tiga minggu selepas divaksin, pada 9 Julai 2021 Encik Rajib sedang berada di kawasan tangki yang terletak di bawah dek utama sebuah kapal, Zohan Castberg - FPSO, yang sedang dibina di Limbungan Sembcorp.

Encik Rajib, yang menyelia rakan-rakannya kerjanya, memasuki tangki itu bersama pekerja bernama Sarker Juran untuk menampal lapisan aluminium pada beberapa titik kimpalan.

Selepas menghabiskan kerja mereka pada pukul 6.30 petang, kedua-dua pekerja itu mula memanjat tangga ke dek utama.

Encik Sarker menaiki tangga dahulu dan pusing untuk melihat Encik Rajib. Namun begitu, apabila Encik Rajib menaiki satu atau dua anak tangga, beliau tiba-tiba terjatuh ke belakang.

Beliau tidak sedarkan diri dan topi keledar keselamatannya tertanggal.

Enciik Rajib kemudian dikeluarkan dari tangki itu oleh pasukan penyelamat dan dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong tetapi tidak dapat diselamatkan. Beliau disahkan meninggal dunia pada malam yang sama.

Bedah siasat oleh Profesor Madya Teo Eng Swee dari Bahagian Perubatan Forensik Penguasa Sains Kesihatan mendapati organ dalaman Encik Rajib kebanyakannya normal, kecuali jantungnya.

Pemeriksaan mikroskopik mendedahkan miokarditis dalam jantungnya, dan punca kematian ditentukan sebagai miokarditis.

Waris Encik Rajib tidak dapat dihubungi semasa siasatan, tetapi koroner menyampaikan ucapan takziah kepada mereka.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pada Jumaat (17 Feb) bahawa kematian Encik Rajib adalah yang pertama berkaitan dengan vaksin COVID-19 di dalam negara.

Di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin yang disediakan oleh MOH, bantuan kewangan sekali sahaja sebanyak S$225,000 akan disalurkan kepada keluarganya, menurut MOH. Ia bekerjasama dengan MOM untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga Encik Rajib.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan