Lelaki yang dakwa ambil dadah bersama bekas peguam M Ravi diberkas: Polis
Seorang lelaki yang berkata dia mengambil dadah bersama bekas peguam M Ravi, beberapa jam sebelum peguam itu disahkan meninggal dunia, sudah diberkas oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Rabu (24 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki yang berkata dia mengambil dadah bersama bekas peguam M Ravi, beberapa jam sebelum peguam itu disahkan meninggal dunia, sudah diberkas oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Rabu (24 Dis).
Polis memaklumkan sebagai jawapan kepada pertanyaan media pada petang Rabu bahawa Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dipanggil untuk menangani satu kes kecemasan di sebuah apartmen pada pukul 5.40 pagi.
Paramedik dikerahkan dan individu yang memerlukan bantuan ialah Encik Ravi. Lelaki berusia 56 tahun itu dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia.
Menurut polis, terdapat seorang lagi individu di dalam apartmen tersebut ketika SCDF tiba. Individu itu, yang dikenal pasti sebagai “A” oleh polis, membuat panggilan kepada SCDF.
“‘A’ berkata dirinya dan M Ravi telah mengambil dadah beberapa jam sebelum itu, dan M Ravi menunjukkan gejala yang membimbangkan selepas mengambil dadah berkenaan, dan ‘A’ telah memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada M Ravi. ‘A’ juga berkata bahawa dadah tersebut adalah miliknya,” tambah polis.
“Polis turut dimaklumkan mengenai kes kematian luar biasa ini. Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah. Punca kematian hanya dapat disahkan selepas bedah siasat dijalankan. Siasatan polis masih dijalankan.”
“A” sudah diberkas oleh CNB kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.