Lelaki yang buang air kecil di stesen MRT Potong Pasir didenda S$2,000
Anggaran Waktu Membaca:

Zhou Hong Wei, 57 tahun, keluar dari Mahkamah Negara pada 15 Jan, 2025. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Mahkamah Negara pada Rabu (26 Feb) mengenakan denda maksimum S$2,000 terhadap seorang lelaki yang membuang air kecil di stesen MRT Potong Pasir.
Kes Zhou Hongwei adalah yang terbaru dalam beberapa kejadian serupa pada Januari ini.
Warga Singapura berusia 57 tahun itu mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan gangguan awam.
Pada 13 Jan 2025, Zhou menaiki kereta api dari stesen MRT Chinatown menuju ke stesen MRT Punggol sebelum jam 7.30 malam. Dia telah minum alkohol sebelum itu dan merasakan ingin membuang air kecil semasa di dalam kereta api.
Di stesen MRT Potong Pasir, Zhou turun dan pergi ke pusat perkhidmatan penumpang.
Di sana, dia membuka zip seluar dan membuang air kecil, tetapi dikesan oleh pengurus stesen yang memaklumkan pusat kawalan operasi dan polis. Zhou ditangkap dan didakwa di mahkamah.
Kedua-dua pihak pendakwaan dan peguam Zhou Gan Teng Wei memohon dia dikenakan denda.
Encik Gan berkata bahawa anak guamnya secara peribadi telah pergi ke stesen untuk meminta maaf kepada kakitangan atas apa yang telah dilakukannya, sambil menambah bahawa Zhou berasa malu dan kesal.
Seorang lagi lelaki, Soo Fook Khan, yang didakwa pada hari yang sama dengan Zhou kerana didakwa membuang air kecil di platform stesen MRT Tanah Merah, sedang menunggu kesnya di dibicarakan.
Pada 10 Jan, seorang lagi lelaki, Li Guorui buang air kecil di susur tangga bergerak di stesen MRT Outram Park. Dia didenda S$2,000.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.