Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki yang bantu M Ravi pecah masuk firma guaman dipenjara 4 minggu

Seorang lelaki berusia 56 tahun, Lai Yew Thiam, dijatuhkan hukuman penjara selama empat minggu hari ini (7 Dis) kerana memecah masuk ke dalam pejabat firma guaman dengan sahabatnya Ravi Madasamy, atau lebih dikenali sebagai M Ravi.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang bantu M Ravi pecah masuk firma guaman dipenjara 4 minggu

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 07 Dec 2017 08:51PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 08:52PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 56 tahun, Lai Yew Thiam, dijatuhkan hukuman penjara selama empat minggu hari ini (7 Dis) kerana memecah masuk ke dalam pejabat firma guaman dengan sahabatnya Ravi Madasamy, atau lebih dikenali sebagai M Ravi.

Pasangan itu memecah masuk syarikat Eugene Thuraisingam LLP buat tiga kali dalam tempoh 10 hari, selepas Ravi dipecat pada 8 Jun 2017.

Syarikat itu mengambil Ravi sebagai Ketua Pengurusan Pengetahuan dan Strategi Bersekutu, meskipun dia tidak dibenarkan menyediakan sebarang khidmat guaman setelah dilarang untuk membuat permohonan untuk mendapat sijil perkhidmatan selama dua tahun pada Oktober 2016.

Ravi dan Lai memecah masuk pejabat itu pada sekitar 12.55 tengah hari pada 17 Jun. Ravi memuat naik video yang merakam perbuatan mereka di laman Facebook. Pegawai keselamatan syarikat itu, Reuben, dan kakitangan lain "secara terang-terangan" mengatakan bahawa Ravi dan Lai tidak boleh memasuki pejabat mereka, kata para pendakwa. Mereka juga membuat aduan polis.

Syarikat itu kemudian menukar kunci dan mangga pejabat setelah insiden pecah masuk itu. Pada 23 Jun, Reuben dilaporkan memecah masuk buat kali kedua. Dia juga menelefon polis dan berkata: "Ini M Ravi."

Ravi dan Lai mempunyai niat untuk memecah masuk pejabat itu sehari sebelum itu, ketika mereka mendapat tahu bahawa mangga sudah ditukar.

Mereka kembali pada hari berikutnya dengan pemutar skru, yang digunakan Lai untuk membuka pintu besi pejabat itu.

Ravi sekali lagi memuat naik video yang merakam perbuatan mereka di Facebook. Mereka sengaja ingin "mengganggu Reuben," kata para pendakwa.

Selepas insiden tersebut, syarikat itu kemudian mendapatkan khidmat kontraktor untuk memasang skru pada pintu dan lantai. Apabila dua lelaki itu kembali pada 26 Jun, mereka mendapati bahawa pintu besi itu dikunci ketat dengan menggunakan lapan skru.

Mereka kembali pada keeskoan harinya dengan pemutar screw dan memecah masuk pejabat itu lagi. Sekali lagi, Ravi memuat naik video mereka di laman Facebook.

Niat Lai adalah untuk membantu sahabatnya yang dikenali sejak 15 tahun lalu, kata peguam Satwant Singh. "Bila (Lai) melihat Ravi dalam kesusahan dengan keadaan psikiatriknya, dia menawarkan pertolongannya," kata peguam itu.

Apabila Ravi meminta Lai untuk memecah masuk pejabat itu, Lai terus bersetuju. "Encik Lai berasa kasihan terhadap Ravi, melihat seorang peguam baik sepertinya dalam keadaan tertekan," kata Encik Singh.

Dia juga berfikir bahawa "ia tidak salah untuk memasuki pejabat itu memandangkan Ravi akan dapat hak masuk kembali pada masa depan."

Encik Singh turut mengatakan bahawa Ravi melakukan kesalahan ketika beliau mengalami gangguan bipolar.

Lai mengaku salah hari ini (7 Dis) kepada dua tuduhan memecah masuk premis.

Atas kesalahan tersebut, Lai boleh dipenjara sehingga dua tahun bagi setiap tuduhan dan didenda.

Ravi mengaku bersalah pada November lepas. Dia akan dijatuhkan hukuman pada bulan Januari.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan