Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki warga S'pura hilang ketika daki gunung di Kota Tinggi, ditemui selamat

Anggaran Waktu Membaca:
 Lelaki warga S'pura hilang ketika daki gunung di Kota Tinggi, ditemui selamat

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 14 Aug 2022 06:27PM Dikemas Kini : 14 Aug 2022 07:06PM
KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Panti Barat, Batu Ampat di Kota Tinggi pada Sabtu (13 Ogos), ditemui selamat, petang tadi lapor BH Online.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata mangsa Neo Thiam Ming, 40 tahun, ditemui dalam keadaan selamat selepas dapat keluar sendiri dari hutan, kira-kira pukul 4.20 petang.

"Mangsa baru ditemui semula dalam keadaan selamat. Mangsa dapat keluar sendiri dari hutan dan datang semula ke lokasi di mana polis membuka pusat kawalan tempat kejadian (lokasi masuk untuk naik ke Hutan Simpan Panti)," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Bernama melaporkan polis menerima maklumat mengenai kejadian daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kira-kira jam 7.10 malam tadi.

Tambahnya, Neo membuat sendiri laporan melalui Malaysia Emergency Response Services (MERS 999) dan kemudiannya disalurkan kepada JBPM dengan memaklumkan bahawa beliau tersesat.

"Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan operasi mencari dan menyelamat digerakkan ke lokasi terbabit yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia dan dibantu agensi berkaitan termasuk JBPM, Jabatan Perhutanan dan Angkatan Pertahanan Awam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Ibrahim Wahid, berkata pihaknya bersama unit khas Multi Skill Team (MUST) dengan kekuatan keseluruhan 14 anggota mencari mangsa selepas menerima panggilan pada jam 7.11 malam, semalam, menurut laporan BH Online lagi.

Sementara itu, Supt Hussin turut menasihatkan orang ramai yang berhasrat melakukan aktiviti pendakian supaya melaporkan terlebih dahulu ke balai polis atau pejabat perhutanan berhampiran.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan