Lelaki warga S'pura dihukum penjara seumur hidup; bunuh isteri ketika bercuti di Britain
LONDON: Seorang lelaki warga Singapura pada Jumaat (12 Ogos) dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh isterinya di Newcastle semasa bercuti di Britain.
Fong Soon Hert, yang juga dikenali sebagai Alan Fong, dikehendaki menjalani hukuman penjara selama 12.5 tahun sebelum dipertimbangkan untuk dibebaskan dengan parol.
Hukuman minimum atas kesalahan membunuh di Britain adalah hukuman penjara seumur hidup.
Tiga anak lelaki pasangan itu hadir di mahkamah semasa bapa mereka mengaku bersalah atas tuduhan tersebut pada Selasa (9 Ogos).
Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata: "Kami bersedih selepas kehilangan ibu kami tetapi sekarang kami mahu menghulurkan sokongan kepada bapa kami."
Selepas hukuman dijatuhkan, Polis Northumbria di Newcastle menyatakan: "Kami bersimpati dengan ketiga-tiga anak lelaki pasangan tersebut yang hati mereka remuk dan luluh selepas kejadian pada 6 Disember tahun lalu.
"Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih secara terbuka kepada mereka kerana bersikap tenang dalam menghadapi tragedi tersebut.
"Kami akan terus menyokong mereka dalam apa cara sekalipun dan kami meminta orang ramai supaya menghormati privasi mereka pada masa yang amat sukar ini."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.