Skip to main content

Singapura

Lelaki warga SG maut selepas kereta terbabas, langgar besi penghadang jalan di susur masuk Seremban

Anggaran Waktu Membaca:
SEREMBAN: Seorang lelaki Singapura maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di susur masuk Seremban/Port Dickson, kilometer 259, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pada Sabtu (24 Feb).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata kejadian pada jam lebih kurang 1.20 tengah hari itu mengakibatkan mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa berusia 24 tahun memandu kereta jenis Nissan Almera dikatakan dari arah Johor Bahru dipercayai terbabas sendiri sebelum merempuh penghadang di kanan bahu jalan menyebabkannya tersepit di dalam kereta.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dan paramedik mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di lokasi," katanya, dipetik dari laman berita Sinar Harian.

Tambah beliau, mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar bagi prosedur bedah siasat.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Daerah Seremban di talian 06-6033222" bagi membantu siasatan nahas itu.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita