Lelaki warga Jerman didenda kerana tunjuk kemaluan semasa mabuk
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Jeremy Long/CNA)
SINGAPURA: Seorang pengurus serantau yang bertugas di sebuah syarikat kimia didenda S$6,100 oleh mahkamah pada Rabu (21 Dis) atas tingkah lakunya ketika mabuk di sebuah hotel.
Mohr Bjoern Herbert, warga Jerman yang memegang status Penduduk Tetap (PR) Singapura mengaku bersalah atas tiga tuduhan mabuk, tidak berpakaian di tempat awam dan menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai polis.
Dua lagi tuduhan turut dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa Mohr, 53 tahun, meminum arak bersama rakannya di Vivocity pada 1 Ogos 2020.
Selepas itu, dia melanggani MO BAR di Hotel Mandarin Oriental untuk meminum arak.
Sekitar pukul 9.30 malam, pengurus bar diberitahu bahawa Mohr dan rakannya mabuk dan muntah di tempat duduk mereka.
Pengurus itu menghampiri mereka dan mengambil minuman keras tersebut.
Mohr bagaimanapun enggan meninggalkan bar itu dan pengurus bar terpaksa meminta bantuan pekerjanya untuk membawa Mohr dan rakannya ke lobi hotel.
Pada masa itu, Mohr menanggalkan seluarnya dan menurunkan seluar dalamnya, mendedahkan alat sulit dan punggungnya.
Para pegawai polis dan pasukan paramedik cuba memujuk Mohr supaya duduk di kerusi roda.
Mohr sebaliknya naik berang dan mula menjerit-jerit. Dia juga cuba berdiri di atas kerusi roda tersebut.
Peguam bela, Sunil Sudheesan mengusulkan denda bagi anak guamnya. Menurut peguam belanya itu, Mohr sangat menyesali perbuatannya itu.
Menurut Encik Sudheesan, Mohr sangat terkesan setelah menerima panggilan yang memaklumkan bahawa bapanya telah diserang angin ahmar dan sudah dimasukkan ke hospital.
Peristiwa itu menyebabkan Mohr meminum arak sebagai cara untuk menangani berita buruk itu, kata Encik Sudheesan.
Beliau turut merujuk kepada laporan psikiatri yang mendapati Mohr mengalami tekanan yang akut.

Sumber : CNA/AE/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.