Lelaki warga India didakwa kerana tolak seorang lelaki ke dalam Sungai Singapura; mangsa lemas dekat Clarke Quay
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail
SINGAPURA: Seorang lelaki dipercayai telah menolak seorang lelaki lain sehingga mangsa terjatuh dan terkena bahagian belakang kepalanya dan jatuh ke dalam Sungai Singapura di Clarke Quay di mana mangsa mati lemas.
Legha Pawan, seorang warga India berusia 21 tahun, didakwa pada Selasa (2 Jul) dengan tuduhan melakukan perbuatan terburu-buru sehingga menyebabkan kematian.
Mengikut kertas pertuduhan, Legha menolak Encik Jasbir Singh, 33 tahun, pada bahagian dadanya sekitar pukul 10.15 malam pada Ahad.
Ia berlaku di tepi sungai di hadapan Merchant Court dan Clarke Quay Central Mall.
Akibatnya, Encik Singh terjatuh ke belakang dan bahagian belakang kepalanya terhantuk anak tangga yang menghala ke sungai.
Dia jatuh ke dalam sungai dan lemas.
Dalam kenyataannya sebelum ini, polis menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan meminta bantuan mengenai seorang lelaki yang terjatuh ke dalam sungai pada malam itu.
Para penyelam dari Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah dikerahkan untuk melakukan pencarian di sungai tersebut.
Mayat Encik Singh telah dibawa keluar dari sungai itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pihak polis berjaya mengenal pasti dan memberkas Legha dengan bantuan kamera polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Legha direman sedang siasatan dijalankan selepas dia didakwa.
Jika didapati bersalah kerana menyebabkan kematian akibat tindakan terburu-buru, Legha boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.