Lelaki warga India diberkas elak cukai rokok; lebih 2,000 karton rokok, S$10,000 dirampas di Yishun
Siasatan menunjukkan lelaki itu didakwa direkrut oleh seorang rakan yang berpangkalan di luar negara untuk menghantar rokok yang tidak dibayar cukai kepada pelanggan di Singapura.

2,000 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas dalam satu operasi di Yishun Industrial Park A, pada 3 Apr, 2025. (Gambar: Kastam Singapura)
Nilai cukai dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielak mencecah S$216,636, kata Kastam Singapura pada Rabu (9 Apr).
Dalam operasi pada 3 Apr, pegawai memerhatikan seorang lelaki dan sebuah lori.

Siasatan menunjukkan lelaki itu didakwa direkrut oleh seorang rakan yang berpangkalan
di luar negara untuk menghantar rokok yang tidak dibayar cukai kepada pelanggan di Singapura.
Prosiding mahkamah sedang berjalan bagi lelaki itu.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielakkan, berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.
Kastam Singapura menggalakkan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau pengelakan cukai atau GST, supaya memberikan maklumat melalui laman internetnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.