Lelaki warga India antara pesalah pertama didakwa di bawah Kanun Jenayah baru
Seorang lelaki yang didakwa pada Selasa (21 Jan) dengan tuduhan menghina kehormatan dua invidu menjadi antara yang pertama bakal didakwa di bawah pindaan-pindaan yang diluluskan pada Kanun Jenayah yang dikuatkuasakan pada 1 Jan tahun ini.

Gambar fail.
SINGAPURA: Seorang lelaki yang didakwa pada Selasa (21 Jan) dengan tuduhan menghina kehormatan dua invidu menjadi antara yang pertama bakal didakwa di bawah pindaan-pindaan yang diluluskan pada Kanun Jenayah yang dikuatkuasakan pada 1 Jan tahun ini.
Muthu Murugesan, warga India berusia 34 tahun, didakwa dengan satu tuduhan menghina kehormatan dua individu di bawah Seksyen 377B kanun tersebut.
Dia dituduh menanggalkan seluarnya sambil mengusap-usap dirinya sendiri, dengan niat agar perbuatannya itu akan dilihat oleh dua individu yang identiti mereka dirahsiakan atas arahan mahkamah. Kertas pertuduhan bagaimanapun tidak pula mendedahkan jantina kedua-dua mangsa.
Insiden itu berlaku sekitar 10.20 malam pada 19 Jan di kawasan buaian yang terletak di 72 Palawan Beach Walk di Sentosa.
Menurut pendakwa, Muthu mungkin berdepan dengan tuduhan-tuduhan tambahan yang serupa. Dia ditawarkan ikat jamin S$10,000 dan akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada bulan depan.
Muthu adalah antara pesalah pertama yang akan didakwa di bawah kesalahahan baru itu. Di bawah 377BA, sesiapa saja yang mengungkapkan kata-kata, membuat bunyi-bunyian atau membuat gerak isyarat ataupun memaparkan sebarang objek yang berniat untuk menghina kehormatan seseorang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama setahun, didenda atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan-kesalahan baru itu adalah sebahagian daripada pindaan dan tambahan pada Kanun Jenayah yang dikuatkuasakan pada 1 Jan tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.