Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki warga emas didakwa bunuh wanita di Bukit Batok

Seorang lelaki warga emas didakwa hari ini (7 Jan) atas pembunuhan seorang wanita di Bukit Batok.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki warga emas didakwa hari ini (7 Jan) atas pembunuhan seorang wanita di Bukit Batok.

Quek Eng Hock, 65 tahun, dituduh membunuh seorang wanita berusia 43 tahun pada Sabtu (6 Jan).

Identiti mangsa tidak boleh didedahkan atas sebab perintah mahkamah.

Polis dikerahkan ke sebuah flat di Bukit Batok West Avenue 9 pada Sabtu pada kira-kira pukul 8.20 pagi.

Para pegawai yang tiba fldiat berkenaan menemui mangsa terbujur kaku dalam flat tersebut dan beliau disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, yang merupakan anak lelaki wanita tersebut, dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.

Lelaki itu diberkas di tempat kejadian.

Sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu telahpun dirampas, menurut polis semalam.

Apabila Mediacorp mengunjungi Blok 460B di Bukit Batok West Avenue 9 pada lewat pagi Sabtu, terdapat beberapa kenderaan polis termasuk sebuah van penyiasat tempat kejadian jenayah.

Para pegawai juga dilihat di sebuah unit tingkat dua blok berkenaan.

Suspek yang memakai sut perlindungan peribadi dan pelitup muka, digiring ke kereta polis pada kira-kira pukul 11.25 pagi.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan